Thursday, March 23, 2006

Tip Umum MalayNet



Tips Umum MalayNet / IRC

Diperkemaskan dan disunting semula oleh Q (Cr4sh@malaynet.org)
dan Kamsinah (kamsinah@salam.malaynet.org) pada 2006-03-27.

HakCipta © 2006-2007 oleh Rangkaian IRC MalayNet

Sila hantar maklum balas dan komen kepada http://surfchat.blogspot.com/
mengenai dokumen ini (bukan permintaan bantuan). Jika perlu bantuan
mengenai apa-apa yang tidak terkandung dalam dokumen ini, sila masuk ke
#Help MalayNet.


Pengenalan

Dokumen ini memberi keterangan mengenai beberapa peraturan Rangkaian
IRC MalayNet. Turut disertakan dalam dokumen ini adalah beberapa tip IRC
sebagai panduan yang amat berguna sekiranya anda pengguna baru IRC.


Kandungan

1 Polisi MalayNet Am
2 Polisi Pelayan
3 Panduan Cenel Secara Umum
4 Kesimpulan

1· Polisi MalayNet Am

Pengiklanan Berleluasa (Mass Advertising)

Pengiklanan berleluasa termasuk menghantar mesej di cenel atau kepada
pengguna biasanya untuk channel atau laman web. Pengiklanan berleluasa
boleh mengakibatkan anda dikenakan 'kill' dan jika berterusan bantahan
rangkaian (network-ban). Jika anda inginkan pengguna melawat atau masuk
channel anda, anda boleh menggunakan cara lain dengan menetapkan topik
yang menarik untuk menarik minat pengguna serta menjemput rakan-rakan
anda untuk menyokong cenel tersebut.


Klon (Cloning)

Klon adalah sambungan lebih daripada 1 sambungan daripada 1 komputer
(host) kepada Rangkaian IRC MalayNet. Ada pelayan yang membenarkan 2
sambungan dan ada yang hanya membenarkan 1 sahaja. Sebelum menyambung klien
berlebihan, sila baca MOTD (Message of The Day yang boleh didapati
melalui arahan /motd) daripada pelayan (server) yang kamu ingin gunakan.
Klon secara kecil- kecilan akan menyebabkan "kill" manakala klon secara
besar- besran boleh mengakibatkan bantahan rangkaian (network-ban). Ini
juga termasuk penggunaan klon daripada banyak "host" contohnya dari
cyber-cafe.


Gangguan Ketenteraman (Harassment)

Mengganggu/membuat kekacauan terhadap Operator IRC atau ahli kakitangan
MalayNet boleh mengakibatkan anda dikenakan "kill" atau mungkin
bantahan rangkaian bergantung kepada jenis gangguan ketenteraman. Jika kamu
diganggu oleh pengguna lain, adalah dicadangkan untuk kenakan "ban" (jika
boleh) dan/ atau tidak melayan orang itu. Jika ia masih berterusan
walaupun anda telah cuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya, silalah ke
channel #Help dan meminta bantuan di sana.


Proxy Terbuka (Open Proxies)

Walaupun ia diperlukan dalam beberapa kes, proxy terbuka tidak
dibenarkan mempunyai klien bersambung ke MalayNet kerana ia sering kali digunakan
untuk tujuan penyalahgunaan. Setiap pelayan (server) MalayNet mempunyai
bot WinGate yang mengesan klien sambungan di port 23 dan 1080. Jika
proxy terbuka dikesan dari salah satu port, kamu akan terus dihentikan
sambungan anda dari pelayan (server).


Penyalahgunaan Perkhidmatan (Services Abuse)

Penyalahgunaan perkhidmatan boleh merangkumi pelbagai aspek termasuk
mendaftar kepada nama samaran yang berlebihan. Penyalahgunaan
perkhidmatan dikaji dan ditentukan berasaskan kes demi kes. Jika kamu mempunyai
apa-apa soalan berkenaan dengan penyalahgunaan perkhidmatan, anda boleh
menghantar email kepada http://www.malaynet.org


Lain-Lain (Miscellaneous)

Serangan DDOS (nuking atau packeting) dan pengesan port tidak ada kena
mengena dengan IRC dan tidak dikuatkuasa oleh MalayNet.
Walaubagaimanapun, anda boleh dikenakan /kill jika anda melakukannya atas seorang
Operator IRC. Jika anda mengesyaki anda terbabit dalam serangan DDOS dan
sebagainya, sila lawat http://www.nohack.net untuk bantuan.


2· Polisi Pelayan

Bots

Kebanyakkan pelayan (server) MalayNet menyatakan dalam MOTD mereka sama
ada bot (singkatan untuk robot yang berduduk di pelayan) dibenarkan
atau tidak. Kebanyakkan (bukan semua) menyatakan jenis bot yang
dibernarkan. Server tidak benarkan yang beriklan secare berleluasa, membanjiri
channel dan menyebabkan pengguna hilang sambungan mereka. Ini dikatakan
sebagai "hostile bot".

Jika kamu tidak melihat sebarang notis dalam MOTD (dapat dilihat
melalui arahan /motd surfchat.malaynet.org) sama ada bot dibenarkan atau tidak, anda
tidak sepatutnya meletakkan bot anda di sana. Jika anda ingin
meletakkan bot kamu di pelayan (server), sila berurusan dengan Pentadbir pelayan
"Server Administrator" itu. rver) yang tidak mengizinkan, bot anda
boleh dikenakan k-line. Untuk maklumat lanjut mengenai polisi bot sila
lawati #Botsguardians dan sebarang boleh ditanyakan pada oper yang
bertugas.


3· Panduan Cenel Secara Umum

Membanjiri cenel

Banjir merupakan satu masalah yang sangat rumit dan tidak patut
dilakukan dalam banyak barisan dalam masa yang singkat. Kebanyakkan channel
mempunyai operator yang menguatkuasakan bilangan barisan sesaat yang
dibenarkan yang umumnya meletakkan ban jika melebihi had tersebut. Semua
channel mempunyai peraturan berlainan. Untuk kebaikan, tetapkan 3-5
barisan bagi satu tempoh 10 saat. Satu tip adalah untuk menaip seberapa
banyak teks yang anda boleh dalam satu barisan. Terlampau banyak character
dalam satu barisan juga boleh mengakibatkan anda dikenakan ban.
Dinasihatkan untuk menghantar teks 350 character dalam satu barisan.


Ulangan Teks

Kebaikan IRC adalah ia adalah berasaskan teks dan bukannya pendengaran.
Orang bukannya buta dan mereka boleh melihat apa yang anda sedang
menyatakan dan mengulangi tidak akan membantu tetapi akan menyebabkan orang
tidak suka. Jika kamu mempunyai apa- apa soalan atau pernyataan,
nyatakan hanya sekali sahaja. Kamu akan dapat balasan dalam sedikit masa.
Sila berikan sedikit masa untuk pembalas itu membalas soalan anda. Ini
adalah untuk memberikan masa kepada penjawab membalas.


Peminta Status Operator Cenel

Kamu tidak patut meminta status Operator cenel. Ia akan sentiasa
mengakibatkan anda kena tendang/sekat dan memburukkan harapan kamu untuk
menjadi seorang Operator di channel itu. Jika kamu mematuhi peraturan
channel dan seorang pengguna yang aktif, kamu mungkin akan mendapat status
Operator Channel. Ini tidak bermaksud terdapat pelbagai tahap untuk
mendapatkan Status tersebut tetapi cenel berlainan mempunyai cara berlainan
untuk memberikan status itu.


4· Kesimpulan

Kesemua panduan asas dan peraturan yang disyorkan serta dinyatakan di
atas adalah senang diikuti. Apabila anda khuatir terhadap sesuatu yang
tidak terkandung dalam dokumen ini. Sila gunakan kebijaksanaan anda sila
lawati #malaynet atau #help untuk mendapatkan bantuan. Semasa anda
menyambung ke pelayan (server) sila baca peraturan di MOTD atau menaip /rules bagi mendapatkan peraturan lengkap server. Jika kamu minat
membaca tentang etika semasa di IRC,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Malaysia Blog Sites Listing
Free Web Counter
hit Counter