Thursday, March 23, 2006

Informasi Nickserv


Informasi NickServ

Diperkemaskan dan disunting semula oleh Q (Cr4sh@malaynet.org)
dan Kamsinah (kamsinah@salam.malaynet.org) pada 2006-03-27

HakCipta © 2006-2007 oleh Rangkaian IRC MalayNet

Sila hantar maklum balas dan komen kepada http://surfchat.blogspot.com/
mengenai dokumen ini (bukan permintaan bantuan). Jika perlu bantuan
mengenai apa-apa yang tidak terkandung dalam dokumen ini, sila masuk ke
#Help MalayNet.


Pengenalan

MalayNet merupakan salah satu rangkaian IRC Melayu yang terbesar dengan
perkhidmatan. Ia dengan jayanya telah menetapkan ****Serv untuk
penggunanya semenjak tahun 2002. Antaranya ialah NickServ, ChanServ dan
MemoServ. Dokumen ini akan menerangkan pilihan yang anda boleh menggunakan
dengan NickServ atas nama samaran anda yang telah didaftarkan.

Satu senarai arahan perkhidmatan yang lengkap boleh didapati dari
http://www.malaynet.org/ Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai
perkhidmatan, silalah ke cenel bantuan MalayNet: #Help, #Operhelp,
#massads, #abuse atau #floodhelp .

Dalam dokumen ini, arahan /nickserv akan digunakan untuk berhubung
dengan NickServ. Kemungkinan juga klien IRC kamu tidak akan menyokong
arahan ini. Jika berlaku sedemikian, kami mencadangkan anda menggunakan
arahan /msg NickServ@services.malaynet.org atau /quote nickserv sebaliknya.


Kandungan

1. Keperluan, Kebolehan dan Tanggungjawab
2. Mengenalkan nama samaran anda.
3. Mendapatkan maklumat nama samaran
4. "Nama samaran sedang digunakan"

4.i Arahan GHOST
4.ii Arahan RECOVER
4.iii Arahan RELEASE
5 Senarai Aksess dan Memeriksa Aksess
6 Opsyen Penetapan

6.i Menukar Kata Laluan
6.ii Menghalang orang lain daripada menggunakan nama samaran anda
6.iii Menetapkan URL pada nama samaran anda
6.iv Menetapkan/ Menukar Alamat Email
6.v Memaparkan Alamat Email
6.vi Menghalang Penerimaan Memo
6.vii Menghalang Pemberian Status Operator
6.viii Menghalang Penggunaan Arahan SENDPASS
7 Melupuskan Nama Samaran
8 "Saya telah lupa kata laluan nama samaran saya"
9 Penyalahgunaan NickServ


1· Keperluan, Kebolehan dan Tanggungjawab.

Dokumen ini menganggap kamu telah mendaftarkan nama samaran anda dengan
NickServ maka kita tidak akan menyentuh langkah ini. Satu dokumen yang
menerangkan proses pendaftaran nama samaran anda boleh didapati dari
http://www.malaynet.org/

NickServ membenarkan seseorang pengguna berdaftar nama samaran anda dan
menghentikan orang lain daripada menggunakan nama samaran anda itu.
NickServ juga membenarkan pemilik nama samaran itu memutuskan sambungan
pengguna lain yang menggunakan nama samarannya. Jika nama samaran itu
tidak digunakan oleh pemiliknya dalam tempoh 30 hari, NickServ akan
menjatuhkannya lalu memberi kebenaran kepada orang lain untuk mendaftarkan
nama samaran itu.

Apabila anda mendaftarkan nama samaran anda, anda mengambil kesempatan
untuk menggunakan perkhidmatan percuma yang telah disediakan di
rangkaian IRC MalayNet. Tolong jangan mendaftarkan nama samaran yang
berlebihan yang anda mungkin tidak akan menggunakan atau dengan tujuan
menghalang orang lain daripada menggunakan nama samaran itu.


2· Mengenalkan nama samaran anda.

Terdapat pelbagai cara untuk mengenalkan nama samaran anda. Anda boleh
mengenalkan nama samaran anda yang anda tidak gunakan pada ketika itu.
Cara tradisional untuk mengenalkan nama samaran anda ialah:

/nickserv identify [nama_samaran] kata_laluan

Contoh:

/nickserv identify ILoveSurfChat
/nickserv identify MySufchat ILoveSurfChat

Cara- cara lain adalah:

/identify [nama_samaran] kata_laluan
/services identify [nama_samaran] kata_laluan
/msg nickserv@services.malaynet.org identify [nama_samaran] kata_laluan

Oleh kerana /identify dan /services adalah arahan dalaman MalayNet, ada
beberapa klien IRC yang mungkin tidak akan menyokongnya. Jika keadaan
ini berlaku, anda perlu menggunakan /quote sebagai tambahan kepada
arahan itu. prefix:

/quote identify [nama_samaran] kata_laluan
/quote services identify [nama_samaran] kata_laluan

Terdapat banyak kes dimana pengguna terpapar kata laluannya di
tetingkap cenel atau perbualan sulit dengan meninggalkan /. Oleh yang demikian
adalah dinasihatkan untuk menaip arahan pengenalan di tetingkap Status
(atau persamaannya).


3· Mendapatkan informasi nama samaran

Arahan ini merupakan arahan yang amat berguna untuk memperoleh maklumat
mengenai suatu nama samaran yang berdaftar. Ia akan mennunjukkan host
pemilik, waktu sambungan mereka yang terakhir, opsyen yang telah
ditetapkan dan sebagainya.

Syntax:

/nickserv info nama_samaran

Contoh:

/nickserv info MySurfChat

Berikut adalah contoh maklumat yang diberi oleh NickServ:

-NickServ- Info for MySurfChat:
-NickServ- (Currently on IRC) For extra info: /whois MySurfChat
-NickServ- Last seen address : MySurf@SurfChat.Malaynet.Org
-NickServ- Memos forward to : MySurfChat
-NickServ- Last seen time : Tue 03/27/2006 04:10:58 GMT
-NickServ- Time registered : Sun 03/26/2005 10:18:21 GMT
-NickServ- Time now : Tue 03/27/2006 09:00:37 GMT
-NickServ- URL : http://surfchat.blogspot.com/
-NickServ- Email address : Cr4sh@malaynet.org
-NickServ- Options: Enforced, NoOp
-NickServ- *** End of Info ***


4· "Nama samaran sedang digunakan"

Untuk sebab-sebab tertentu, nama samaran anda mungkin dalam penggunaan
apabila anda anda cuba menggunakannya. Bergantung kepada situasi,
terdapat tiga arahan yang berbeza untuk digunakan.


4.i Arahan GHOST

Ada kalanya anda telah diputus hubungan anda dengan ISP dengan tidak
memutus hubungan dengan MalayNet terlebih dahulu. Keadaan seperti ini
akan menyebabkan pelayan itu menganggap anda masih berada di MalayNet. Ini
lebih dikenali sebagai ghost.

Lain kata, ghost adalah sambungan yang tidak wujud lagi. Ini terjadi
kerana pelayan itu tidak tahu keadaan ini. Ghost ini biasanya lenyap
dalam masa beberapa minit tetapi mungkin anda tidak bersabar untuk
menunggu. Arahan untuk menghilangkan ghost ini ialah:

/nickserv ghost nama_samaran [kata_laluan]

Contoh:

/nickserv ghost MySurfChat
/nickserv ghost MySurfChat ILoveSurfChat

Kata laluan tidak perlu dinyatakan jika anda mempunyai aksess yang
terdapat dengan senarai aksess bagi nama samaran anda. Untuk maklumat lebih
lanjut mengenai bantuan ghost, silalah masuk #help

Jika anda menggunakan kata laluan bagi arahan ini, anda dianggap telah
mengenalkan diri anda bagi nama samaran itu sepertimana jika anda
menggunakan arahan /nickserv identify nama_samaran kata_laluan.


4.2 Arahan RECOVER

Jika anda tidak mempunyai pilihan ENFORCE ditetapkan ataujika seorang
pengguna telah bermula menggunakan nama samaran anda dan NickServ tidak
dapat menukar nama samaran mereka kepada Guest, anda boleh memutuskan
sambungan pengguna yang menggunakan nama samaran anda itu dengan
menggunakan arahan RECOVER.

/nickserv recover nama_samaran [kata_laluan]

Contoh:

/nickserv recover MySurfChat
/nickserv recover MySurfChat ILoveSurfChat

Seperti arahan GHOST, arahan RECOVER tidak memerlukan kata laluan jika
anda mempunyai aksess kepada nama samaran itu melalui senarai aksess
nama samaran anda.

Sila ambil perhatian bahawa NickServ akan menguatkuasakan nama samaran
anda untuk menghalang orang lain daripada menggunakannya. Baca bahagian
selanjutnya untuk mengetahui lebih mendalam mengenai penguatkuasa ini.


4.3 Arahan RELEASE

Penguatkuasa berpunca daripada seorang pengguna yang menggunakan nama
samaran berdaftar dengan opsyen ENFORCE ditetapkan. Jika seseorang itu
tidak mengenalkan untuk nama samaran tersebut, nama samarannya itu akan
ditukarkan menjadi Guest***** dan nama samarannya itu dipegang dan
menghalang orang lain menggunakannya.

Seseorang yang cuba menggunakan nama samaran yang dipegang dan dihalang
sementara akan mendapat mesej seperti berikut:

MySurfChat The nick MySurfChat is currently being held by a Services
Enforcer. Jika anda tuan punya nama samaran, ikuti arahan /msg
NickServ@services.malaynet.org RELEASE MySurfChat kata_laluan untuk
release nama samaran. Jika nama samaran anda telah mansuh, sila tunggu
sebentar dan cuba lagi kemudian. [MySurfChat]


Untuk menggunakan nama samaran anda itu balik, anda boleh menggunakan
arahan

/nickserv release nama_samaran [kata_laluan]

Contoh:

/nickserv release MySurfChat
/nickserv release MySurfChat ILoveSurfChat

Seperti arahan GHOST dan arahan RECOVER, arahan RELEASE tidak
memerlukan kata laluan jika anda mempunyai aksess kepada nama samaran itu
melalui senarai aksess nama samaran anda.


5· Senarai Aksess dan Memeriksa Aksess

Penggunaan senarai aksess boleh menimbulkan kekeliruan terutamanya
untuk pengguna baru.

Para pengguna juga dapat memeriksa aksess mereka sendiri atau pengguna
lain. Ini akan membenarkan mereka melihat sama ada beliau telah
mengenalkan dirinya kepada perkhidmatan atau menggunakannya dengan tidak
mengenalkan. Arahannya ialah:

/nickserv acc nama_samaran

NickServ akan mengembalikan nombor antara 0 hingga 3. Ia akan terpapar
seperti berikut:

-NickServ- MySurfChat ACC 2

Setiap nombor diwakili dengan tahap aksess yang berbeza dengan nama
samaran yang digunakan oleh pengguna pada masa itu.

0
Nama samaran itu tidak berdaftar.

1
Pengguna nama samaran itu belum mengenalkan nama samarannya dengan
NickServ.

2
Terdapat padanan dengan senarai aksess bagi nama samaran itu.

3
Pengguna itu telah mengenalkan dirinya kepada perkhidmatan dengan kata
laluan.

Arahan ini amat berguna dalam beberapa situasi seperti mengesan
penyamar, mendapat tahu mengapa seseorang itu tidak dapat status operator
walaupun nama samaran itu berada dalam senarai AOp/SOp, dan sebagainya.


6· Opsyen Penetapan

Terdapat pelbagai opsyen yang tersedia untuk pemilik sesuatu nama
samaran berdaftar. Sebelum anda menggunakan arahan-arahan berikut anda
sepatutnya mengenalkan nama samaran anda terlebih dahulu.


6.i Menukar Kata Laluan

Adalah amat senang untuk menukar kata laluan nama samaran anda:

/nickserv set passwd kata_laluan_lama kata_laluan_baru

Sebagai contoh:

/nickserv set passwd ILoveSurfChat ILoveSC

Arahan di atas akan menukarkan kata laluan "ILoveSurfChat" kepada
"ILoveSC". Setelah penukaran kata laluan itu dilakukan dengan jayanya, satu
e- mail akan dihantar kepada pemilik nama samaran itu untuk memberitahu
penukaran kata laluan bagi nama samaran itu. Kata laluan tidak akan
disertakan dalam email ini. Jika anda tidak mengarahkan penukaran ini,
anda akan diberi amaran untuk mengambil tindakan sebelum sesuatu yang
tidak diingini berlaku. Terdapat jarak waktu 48 jam antara penggunaan
arahan SET PASSWD dan SET EMAIL. Anda tidak boleh menukar kata laluan anda
dalam masa 48 jam selepas penukaran alamat email dan anda tidak boleh
menukar alamat email anda setelah menukar kata laluan anda bagi tempoh 48
jam.


6.ii Menghalang orang lain daripada menggunakan nama samaran anda

Salah satu kebaikan mendaftarkan nama samaran anda adalah untuk
menghalangkan orang lain menggunakannya semasa anda tidak tersambung ke
MalayNet.

Opsyen ini dulu dikenali sebagai opsyen KILL tetapi telah dinamakan
semula kepada opsyen ENFORCE.

Apabila opsyen ENFORCE ditetapkan, pemilik nama samaran itu mesti
mengenalkan nama samarannya dalam masa 60 saat. Jika tidak, nama samarannya
akan bertukar secara paksa kepada "Guest*****" dimana setiap * diwakili
dengan sesuatu nombor random.

/nickserv set enforce on
/nickserv set enforce off

Setalah lama menggunakan arahan KILL , terdapat pengguna yang masih
menggunakannya sebalik arahan ENFORCE. Kedua-duanya adalah sama. Adalah
digalakkan untuk menggunakan arahan ENFORCE kerana arahan KILL mungkin
tidak dapat digunakan lagi pada masa yang akan datang.

Sebagai tambahan, anda juga boleh menggunakan nama samaran anda
walaupun tidak mengenalkan nama samaran itu.


6.iii Menetapkan URL pada nama samaran anda

Anda boleh menetapkan URL pada nama samaran anda supaya ia ditunjukkan
pada output INFO NickServ. Biasanya, pengguna menetapkan lokasi laman
web peribadi mereka.

Syntax:

/nickserv set url [URL]

Jika anda tidak menyertakan parameter URL, NickServ akan melupuskan URL
yang sedia ada daripada nama samaran anda.

Contoh:

/nickserv set url
/nickserv set url http://surfchat.blogspot.com/

Arahan yang pertama akan melupuskan URL yang telah tersedia pada nama
samaran anda itu. Arahan yang kedua akan menetapkan
http://surfchat.blogspot.com/ pada URL nama samaran itu.


6.iv Menetapkan/Menukar Alamat Email

Apabila anda mendaftarkan nama samaran anda, anda diminta menyertakan
alamat email yang sah untuk mengesahkan pendaftaran nama samaran itu.

Anda boleh memilih untuk menukar alamat email anda yang ditetapkan
kepada yang lain. Ini dapat dicapai dengan penggunaan arahan SET EMAIL.

/nickserv set email [alamat_email]


Menggunakan arahan di atas tanpa alamat email akan menyebabkan NickServ
menunjukkan alamat email yang ditetapkan bagi tempoh itu untuk nama
samaran anda. Penukaran alamat email hanya boleh dilakukan dengan
penetapan alamat email yang sah:

/nickserv set email Cr4sh@malaynet.org

Terdapat beberapa alamat email yang tidak boleh digunakan untuk
mendaftarkan nama samaran anda. Ini disebabkan oleh hal penyalahgunaan. Anda
tidak boleh menggunakan @u.malaynet.org untuk mendaftarkan nama samaran
anda.


6.v Memaparkan Alamat Email

Apabila anda mendaftarkan nama samaran anda, alamat email anda tidak
terpapar dan tidak boleh dilihat oleh pengguna lain. Jika anda ingin
memaparkan alamat email anda pada INFO NickServ, anda boleh menggunakan
opsyen SHOWEMAIL.

/nickserv set showemail on
/nickserv set showemail off

Arahan yang pertama akan memaparkan alamat email anda pada INFO
NickServ dan yang kedua akan menyembunyikannya.

Disclaimer: Rangkaian IRC MalayNet tidak akan bertanggungjawab atas
segala email yang dihantar oleh orang yang tidak diketahui atau
pengiklanan berleluasa.


6.vi Menghalang Penerimaan Memo

Opsyen NOMEMO adalah berhubung kait dengan MemoServ Pendek kata, ia
akan menghalang orang lain daripada menghantar memo kepada anda. Walau
bagaimanapun, anda masih boleh menerima memo global. Seorang Operator IRC
boleh memaksa memo dihantar kepada anda jika ia adalah penting.

Arahan ini adalah senang untuk diingati. Ia hanya dapat dua
kebarangkalian:

/nickserv set nomemo on
/nickserv set nomemo off

Ia akan menetapkan NOMEMO kepada ON atau OFF. Sila ambil perhatian
bahawa NOMEMO akan menghalang memo FORWARD nama samaran yang digunakan
untuk FORWARD yang ditetapkan dengan NOMEMO tidak dapat menerima memo juga.


6.vii Menghalang Pemberian Status Operator

Seperti degan menghalang penerimaan memo, anda juga boleh menghalang
nama samaran anda diletakkan dalam senarai AOp atau SOp.

/nickserv set noop on
/nickserv set noop off

Arahan di atas adalah untuk menetapkan ON atau OFF Jika anda ingin
ditambah pada senarai AOp atau SOp, anda perlu menutupkan opsyen ini dan
mengaktifkannya semula kemudian.


6.viii Menghalang Penggunaan Arahan SENDPASS

MalayNet membenarkan anda meminta kata laluan jika anda telah terlupa.
Anda boleh menghalang penghantaran kata laluan anda melalui email
dengan penggunaan arahan MAILBLOCK. Sila gunakan arahan ini dengan ini
dengan teliti. Anda tidak boleh dibantu jika opsyen MAILBLOCK ini ditetapkan
dan hilang kata laluan.

/nickserv set mailblock on
/nickserv set mailblock off

Menutup opsyen ini akan membenarkan anda menerima kata laluan melalui
arahan SENDPASS. SET MAILBLOCK memerlukan pengesahan seperti pendaftaran
nama samaran anda. Kod autentikasi akan dihantar kepada alamat email
anda untuk pengesahan. Kod ini mesti dimasukkan oleh pemilik melalui
arahan NickServ yang diberi atau melalui sistem laman web.


7· Melupuskan Nama Samaran

Jika anda tidak ingin menggunakan nama samaran anda lagi dan ingin
melupuskan nama samaran anda, anda perlu menggunakan arahan khas. Proses
pelupusan nama samaran dilakukan dalam 2 langkah. Pertama, anda perlu
meminta nama samaran itu dilupuskan melalui arahan DROP dan yang kedua
anda perlu mengesahkan keputusan anda itu.

Arahan DROP adalah seperti berikut:

/nickserv drop nama_samaran

Contoh:

/nickserv drop MySurfChat


NickServ akan berbalas:

-NickServ- The request for dropping a nick must be confirmed. Please
check your email address for further instructions!


Ikut arahan yang diberi dalam email itu dengan menaip seperti yang
diarahkan. Penggunaan "copy" dan "paste" amat berguna. :)

/nickserv auth nama_samaran kod autentikasi


Akhir kata, NickServ akan mengesahkan pelupusan nama samaran:

-NickServ- The nick MySurfChat has been successfully dropped.


Melupuskan nama samaran anda akan menyebabkan laman web anda
(home.dal.net) dan alamat (nama_samaran@u.malaynet.org) turut luput juga.


8 · "Saya telah lupa kata laluan nama samaran saya"

Sebelum anda panik, sila ambil perhatian bahawa kata laluan anda adalah
CaSe SeNsItIvE atau sensitif terhadap case. Contohnya, "STAR" adalah
tidak sama seperti "star" atau "StaR". Cuba beberapa kombinasi kata
laluan anda. Mungikn anda tidak melupakannya.:)

Menetapkan alamat email akan membenarkan anda mendapatkan kata laluan.
Syntax untuk arahan ini adalah seperti berikut:

/nickserv sendpass [nama_samaran] [alamat_email]

Contoh:

/nickserv sendpass MySurfChat Cr4sh@malaynet.org


Alamat email yang anda beri mesti sepadan dengan alamat email yang ada
dalam rekod kami. Arahan ini juga tidak akan berfungsi jika anda anda
mempunyai opsyen MAILBLOCK ON

Jika anda tidak dapat menyelesaikan masalah ini, anda boleh meminta
bantuan Operator IRC.

Untuk mendapatkan maklumat mencari Operator IRC, sila kunjungi #Help
atau #Operhelp


9· Penyalahgunaan NickServ

Menyimpan nama samaran berdaftar memerlukan sumber MalayNet yang
banyak. Rangkaian IRC MalayNet adalah tegas terhadap mereka yang mendaftar
nama samaran yang berlebihan untuk menghalang orang lain daripada
mendaftarkannya, penggunaan untuk niat tidak baik dan sebagainya. Adalah elok
anda menggunakan 5 atau kurang daripada 5 nama samaran.

Bergantung kepada kesalahan itu, perlanggaran polisi ini boleh
dikenakan amaran, bantahan menggunakan MalayNet, pembekuan nama samaran atau
dilaporkan melalui email kepada pusat perkhidmatan Internet (ISP)
pengguna itu.

Pentadbiran MalayNet juga berhak melupuskan nama samaran pengguna yang
melanggar peraturan rangkaian MalayNet. Ini termasuk merentasi autokill
berulang kali, pengiklanan berleluasa dan sebagainya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Malaysia Blog Sites Listing
Free Web Counter
hit Counter