Thursday, March 23, 2006

Informasi Memoserv


MemoServ

Diperkemaskan dan disunting semula oleh Q (Cr4sh@malaynet.org)
dan Kamsinah (kamsinah@salam.malaynet.org) pada 2006-03-27.

HakCipta © 2006-2007 oleh Rangkaian IRC MalayNet

Sila hantar maklum balas dan komen kepada http://surfchat.blogspot.com/
mengenai dokumen ini (bukan permintaan bantuan). Jika perlu bantuan
mengenai apa-apa yang tidak terkandung dalam dokumen ini, sila masuk ke
#Help MalayNet.

Pengenalan

MalayNet merupakan salah satu rangkaian IRC Melayu yang terbesar dengan
perkhidmatan. Ia dengan jayanya telah menetapkan ****Serv untuk
penggunanya semenjak tahun 2002. Antaranya ialah NickServ, ChanServ dan
MemoServ. Dokumen ini akan menerangkan pilihan yang anda boleh menggunakan
dengan NickServ atas nama samaran anda yang telah didaftarkan.

Satu senarai arahan perkhidmatan yang lengkap boleh didapati dari
http://www.malaynet.org/ Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai
perkhidmatan, silalah ke cenel bantuan MalayNet: #Help, #Operhelp,
#massads, #abuse atau #floodhelp .

Dalam dokumen ini, arahan /nickserv akan digunakan untuk berhubung
dengan NickServ. Kemungkinan juga klien IRC kamu tidak akan menyokong
arahan ini. Jika berlaku sedemikian, kami mencadangkan anda menggunakan
arahan /msg NickServ@services.malaynet.org atau /quote memoserv


Kandungan

1. Syarat-Syarat
2. Menghantar Memo
3. Membaca Memo
4. Membuang Memo
5. Penghantaran Memo dari satu nama samaran ke nama samaran yang lain
6. MemoServ News
7. Opsyen NOMEMO
8. Penyalahgunaan
9. Melaporkan penyalahgunaan


1· Syarat-Syarat

Terdapat beberapa syarat yang perlu diambil tahu sebelum seseorang
pengguna itu boleh menghantar dan menerima memo. Antaranya ialah:

Penghantar dan penerima mesti menggunakan nama samaran berdaftar.
Penhantar mesti meggunakan nama samaran berdaftar pada masa dia menghantar
memo. Penerima hanya boleh membaca memo itu apabila dia menggunakan nama
samaran yang memo itu dihantar.

Mesej melalui MemoServ anda tidak boleh melebihi 255 character. Perlu
dinyatakan bahawa memo adalah mesej pendek jadi pastikan ia adalah
pendek. Jika anda ingin menghantar mesej melebihi had ini, anda perlu
mendapatkan alamat email orang itu dan menghantar email. Memang anda boleh
menghantar memo secara teratur tetapi seelok-eloknya gunakanlah email
jika ia melebihi had 2 memo pada masa itu.

Walaupun sesetengah memandang perkhidmatan MemoServ sebagai
perkhidmatan yang berguna, ada yang tidak ingin menerima memo. Oleh yang demikian,
DALnet mempunyai satu opsyen yang membenarkan pengguna itu menghalang
penghantaran memo kepadanya. Jika opsyen ini diaktifkan, penghantaran
memo kepada orang ini akan dihalang. Opsyen ini akan dibincangkan
kemudian dalam dokumen ini.

Ada beberapa syarat lagi untuk menghantar memo, walaubagaimanapun, ia
melibatkan arahan- arahan tertentu dan ia akan diliputi dalam
arahan-arahan tersebut.


2· Menghantar Memo

Terdapat tiga jenis memo. Memo peribadi, memo cenel dan memo global.
Memo global juga dikenali sebagai Berita MemoServ dan hanya boleh
dihantar oleh Pentadbiran MalayNet. Kelebihan ini akan diceritakan kemudian
dalam dokumen ini.

Memo peribadi dihantar secara terus kepada anda sahaja manakala memo
cenel dihantar kepada Operator atau SOp channel tersebut. Apabila anda
menghantar memo channel, memo itu akan membuat salinan secara automatik
dan menghantarkannya kepada setiap AOp/SOp dalam cenel itu.

Arahan ini digunakan untuk menghantar memo peribadi:

/memoserv send nama_samaran mesej

Contoh:

/memoserv send MySurfChat Saya tidak dapat datanglah malam ini, jumpa
awak esok malam di tempat biasa !


Dimana "MySurfChat" adalah orang yang saya ingin menghantarkan memo.

Memo channel beroperasi dengan prinsip yang sama. Walaubagaimanapun,
bukan semua orang boleh menghantar memo channel. Apabila sesuatu channel
itu berdaftar, opsyen secara default ditetapkan kepads AOp. Ia
bermaksud, hanya AOp, SOp dan pengasas (founder) boleh menghantar memo.
Walaubagaimanapun, pengasas boleh menukar opsyen ini untuk menetapkannya untuk
SOp atau pengasasnya itu sendiri. Dalam beberapa kes, hanya SOp atau
pengasas cenel itu boleh menghantar memo kepada seluruh cenel.

/memoserv send #namacenel mesej

Contoh:

/memoserv send #MySurfChat Hei semua! Saya ingin memaklumkan bahawa
saya tidak akan masuk IRC Malaynet selama 1 minggu, jika ada masalah sila
hantar memo atau SOP yang bertugas.

Arahan di atas akan menghantar memo kepada semua nama samaran berdaftar
dalam senarai AOp dan SOp. Jika anda ingin menghantar memo ini hanya
kepada SOp sahaja, gunakanlah arahan:

/memoserv sendsop #cenel mesej

Contoh:

/memoserv sendsop #MySurfChat Adakah MySurf layak untuk menjadi aop
baru di dalam cenel ini ?

Fikir dengan teliti sebelum anda menghantar memo cenel. Jika ia adalah
satu isu yang tidak perlu diketahui oleh semua orang, adalah lebih baik
untuk menghantar memo kepada orang itu sahaja. Ambil perhatian juga
bahawa bukan semua suka menerima memo terutamanya jika ia tidak berguna
kepada mereka. Anda boleh menghantar sehingga 5 memo kepada satu orang.
MemoServ akan menghalang memo anda yang lain sehingga penerima itu
membuang memo-memo yang lepas.

Setiap memo yang anda hantar tidak boleh melebihi had 255 character.
Jika anda melebihi had ini, MemoServ akan membalas dengan memberitahu
anda berapa character anda perlu kurangkan. Berikut adalah satu contoh
jika saya menghantar satu memo dengan 288 character. Ia memberitahu saya
bahawa saya perlu mengurangkan 33 character sebelum memo itu boleh
dihantar.

-MemoServ- Memos can be no longer than 255 characters. Your memo was
288 characters long. Please shorten it by 33 characters.


3· Membaca Memo

Apabila anda menggunakan nama samaran berdaftar, MemoServ akan
memberitahu anda jika anda mempunyai memo.

-MemoServ- You have 1 new memo. To list them, use: /msg
MemoServ list

Ini akan menyebabkan kita menggunakan lagi satu arahan iaitu arahan
MemoServ LIST yang akan menyenaraikan semua memo yang dihantar kepada nama
samaran anda. Ia membenarkan anda melihat nama pengirim, nombor memo,
waktu ia dihantar dan status memo itu (baru, telah dibaca atau dibuang).

/memoserv list

Arahan ini hanya akan memaparkan 20 memo yang pertama. Jika anda ingin
membaca memo- memo yang lain, anda perlu membuang beberapa memo
terlebih dahulu sebelum anda boleh melihat memo- memo yang lain. Anda juga
boleh menggunakan opsyen STARTPOINT dimana ia akan menyenaraikan memo-
memo lain. Contohnya, jika anda ingin menyenaraikan memo-memo dari Memo
Ke-5 dan berikutnya, anda akan menggunakan:

/memoserv list 5

Ini akan menyenaraikan memo- memo dari permulaan Memo Ke-5 hingga ke
Memo Ke-25. Opsyen STARTPOINT amat berguna apabila anda tidak berada buat
sementara waktu dan telah menerima banyak memo.

Arahan READ digunakan untuk membaca kandungan memo itu.

Syntaxnya ialah:

/memoserv read memo number

Seperti yang telah dinyatakan pada awal dokumen ini, nombor memo
dinyatakan dalam output MemoServ LIST. Contoh:

/memoserv read 1

Jika anda menerima lebih daripada satu memo, anda boleh membaca
beberapa buah memo pada masa yang sama. Contohnya:

/memoserv read 1,2,3

atau

/memoserv read 1,3,5

Nota: Semua memo akan dibuang dalam masa 7 hari sama ada ia dibaca atau
tidak. Hanya 50 memo boleh disimpan untuk suatu nama samaran pada satu
masa.


4· Membuang Memo

Setelah anda membaca memo itu dan tidak memerlukannya lagi, anda boleh
membuangnya. Membuang memo dilakukan dengan dua langkah. Langkah
pertama, menandakannya sebagai dibuang dan yang kedua pembuangan tetap.

Arahan DEL membenarkan anda membuang satu atau lebih memo. Menandakan
sebagai dibuang (sementara) itu membenarkan anda membaca memo itu
sehingga ia dibuang tetap. Syntax untuk arahan DEL ialah:

/memoserv del memo number(s)

Contohnya:

/memoserv del 1
/memoserv del 1,2,3
/memoserv del 1,3,5

Anda dapat melihat bahawa arahan DEL berfungsi cara yang sama seperti
arahan READ. Ia juga mempunyai satu opsyen yang READ tidak ada:

/memoserv del all

Penggunaan ALL akan membuang semua memo dan menghapuskannya. Setelah
anda menggunakan arahan ini, anda tidak dapat membaca memo- memo yang
telah dibuang itu.

Sesuatu memo itu boleh dibuang secara kekal melalui 2 cara lagi. Semua
memo yang telah ditanda sebagai dibuang akan dibuang kekal apabila anda
berhenti menggunakan nama samaran anda. Anda juga boleh mengarahkan
MemoServ untuk membuang semua memo yang telah ditanda sebagai dibuang itu
dibuang kekal melalui arahan PURGE.

/memoserv purge

Diingatkan bahawa selepas memo itu dibuang kekal, anda tidak boleh
membacanya lagi. Gunakan arahan ini dengan hati-hati.


5· Penghantaran Memo dari satu nama samaran ke nama samaran yang lain

Jika anda mempunyai nama samaran pilihan, anda boleh mengarahkan
MemoServ untuk menghantarkan semua memo nama samaran primier anda kepada nama
samaran sekunder itu melalui opsyen FORWARD.

Syntaxnya ialah:

/memoserv forward
/memoserv forward -
/memoserv forward nama_samaran kata_laluan


Arahan petama membenarkan anda untuk memeriksa jika anda telah
mengaktifkan opsyen FORWARD. Jika opsyen ini aktif, anda boleh melupuskannya
dengan arahan kedua.

Arahan ketiga digunakan untuk mengaktifkan opsyen ini. Contohnya:

/memoserv forward MySurfChat MySurfChatPassword321

Arahan ini akan mengarahkan MemoServ menghantar semua memo bagi nama
samaran pengguna itu kepada nama samaran "MySurfChat" sebaliknya.
"MySurfChatPassword321" adalah kata laluan bagi nama samaran "ILoveSurfChat".
Kedua-dua nama samaran ini mestilah berdaftar.


6· MemoServ News

MemoServ NEWS adalah berita Pentadbiran MalayNet yang memberitahu
tentang perubahan perkhidmatan. Ia juga dikenali sebagai memo global.

Berita MemoServ dihantar kepada semua nama samaran yang berdaftar tidak
kira nama samaran itu mempunyai opsyen FORWARD dan NOMEMO aktif atau
tidak.

Anda boleh menggunakan arahan /memoserv news untuk membaca artikel itu.
Selepas membacanya, ia akan membuang dirinya secara automatik. Jika
anda tidak membacanya, MemoServ akan mengingatkan anda sehingga anda
membacanya.

Oleh kerana perkara ini, artikel NEWS MemoServ jarang digunakan.


7· Opsyen NOMEMO

Opsyen NOMEMO ditetapkan melalui NickServ dan bukannya MemoServ. Ia
adalah satu arahan bawah opsyen NickServ untuk sesuatu nama samaran itu
bawah subset NickServ SET.

Arahan ini senang diingati. Anda hanya mempunyai 2 pilihan:

/nickserv set nomemo on
/nickserv set nomemo off

Ini akan mengaktifkan dan menutup opsyen NOMEMO. Ambil perhatian bahawa
opsyen NOMEMO akan menghalang opsyen FORWARD. Anda boleh mempunyai nama
samaran sekunder yang mempunyai opsyen NOMEMO aktif tetapi semua memo-
memo itu akan ditolak dengan serta merta.

Adalah penting untuk mengenalkan nama samaran anda sebelum menggunakan
arahan ini kerana anda tidak boleh melakukan sebarang perubahan opsyen
sehingga anda berbuat demikian. Anda boleh mengenalkan nama samaran
anda melalui arahan /identifykata_laluan dan sebagainya.


8· Penyalahgunaan

Seperti dengan perkhidmatan-perkhidmatan lain, menghantar memo
memerlukan sumber MalayNet yang tinggi. Rangkaian IRC MalayNet tidak bertolak ansur
terhadap penyalahgunaan MemoServ melalui banjir, mengganggu
ketenteraman atau pengiklanan.

Anda tidak boleh menggunakan MemoServ untuk membanjiri pengguna. Ini
termasuk penghantaran memo ulangan dengan kandungan yang sama dan memo
yang menyinggung.

Penghantaran memo yang mengganggu ketenteraman adalah salah dari sisi
polisi MalayNet. Ini termasuk ugutan, banjir dan kekerasan.

Anda tidak dibenarkan menggunakan MemoServ untuk mengiklan cenel, laman
web atau skrip melainkan orang itu membenarkannya. Jangan menghantar
memo pengiklanan kepada orang yang tidak atau baru dikenali.

Bergantung kepada jenis kesalahan, anda boleh diberi amaran, pembekuan
nama samaran, tidak dilayan oleh Perkhidmatan atau dilaporkan kepada
pusat perkhidmatan internet pengguna itu.


9· Melaporkan penyalahgunaan

Jika anda telah menjadi mangsa penyalahgunaan perkhidmatan berkait
dengan MemoServ, anda digalakkan untuk melaporkannya kepada seorang CSOp
(Channel Services Operator) atau Unit Abuse (Services Abuse) "Unit
Pencegahan Penyalahgunaan Perkhidmatan".

Malangnya, logs mudah dipalsukan. Oleh yang demikian, log kejadian itu
masih tidak mencukupi untuk memastikan laporan anda adalah sah. Anda
mesti mematuhi syarat-syarat yang berikut untuk tindakan diambil terhadap
pesalah.

Pertama sekali, adalah penting supaya tidak membuang memo itu. Ambil
perhatian bahawa memo yang ditandakan sebagai dibuang akan hilang apabila
nama samaran anda digunakan pada lain masa. Memo itu mesti berada dalam
senarai MemoServ.

Di sini, anda boleh memilih untuk menghubungi Unit Pencegahan
Penyalahgunaan Perkhidmatan MalayNet - Abuse atau mencari seorang CSop sendiri.
Unit Abuse boleh dihubungi di #Abuse Pastikan anda menyertakan
penerangan kejadian itu dengan salinan memo yang diterima salahgunaan
perkhidmatan juga bahawa memo itu masih belum dibuang. Untuk menyiasat kes ini,
mereka akan menggunakan nama samaran ini dan mengenalkannya untuk
memastikan laporan anda adalah sah. Sila nyatakan bahawa anda membenarkan
mereka berbuat demikian untuk tujuan penyiasatan. Log yang berhubung kait
juga amat berguna.

Walaubagaimanapun, jika anda ingin mendapatkan bantuan dengan segera
sila masuk ke #MalayNet #Abuse atau #Operhelp

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Malaysia Blog Sites Listing
Free Web Counter
hit Counter