Operator IRC @ IRCOP
Operator IRC
Diperkemaskan dan disunting semula oleh Q (Cr4sh@malaynet.org)
dan Kamsinah (kamsinah@salam.malaynet.org) pada 2006-03-27.
HakCipta © 2006-2007 oleh Rangkaian IRC MalayNet
Sila hantar maklum balas dan komen kepada http://surfchat.blogspot.com/
mengenai dokumen ini (bukan permintaan bantuan). Jika perlu bantuan
mengenai apa-apa yang tidak terkandung dalam dokumen ini, sila masuk ke
#Help MalayNet.
Pengenalan
Terdapat terlalu banyak kepercayaan dan konsep yang salah mengenai
Operator IRC, tanggungjawab yang mereka jalankan dan perintah-perintah yang
boleh mereka akses dan sebagainya. Dokumen ini akan cuba menjelaskan
tanggungjawab seorang Operator IRC yang ada di MalayNet, dan apa yang
mereka boleh lakukan ataupun tidak. Dokumen ini juga akan menjelaskan serba
sedikit mengenai beberapa kepercayaan tentang Operator IRC yang pernah
anda dengar selama ini dan juga boleh dijadikan sumber bacaan yang baik
untuk kita semua, terutamanya jika anda ingin mengetahui lebih lanjut
mengenai struktur pentadbiran MalayNet.t.
Jika anda memerlukan bantuan Operator IRC, anda boleh cuba mendapat
keterangan dengan lebih lanjut di http://www.malaynet.org/
Kandungan
1 Apakah yang dimaksudkan dengan IRCop?
2 Apakah perkara yang merupakan tanggungjawab daripada seseorang
Operator IRC?
3 Apa yang seharusnya tidak boleh dilakukan oleh Operator IRC?
4 Bagaimana cara sistem "opering" bekerja?
5 Jenis-jenis Operator IRC
5.a Local Operators (Operator Lokal)
5.b Global Operators (Operator Global)
5.c Services Administrators (Pentadbir Perkhidmatan)
5.d Server Administrators (Pentadbir Pelayan)
5.e Channel Services Operator (Operator Perkhidmatan Cenel)
5.f Services Root Administrator (Pentadbir Dasar Perkhidmatan)
6 Perbezaan yang terdapat di MalayNet?
6.a Unit Utama K-Line
6.b JawatanKuasa Bantuan
6.c Postmaster
6.d Unit dan Kumpulan Lain
7 Bagaimana caranya agar saya boleh menjadi seorang IRC Operator?
7.a Maklumat Am
7.b Kebenaran
7.c Cadangan
7.d Jangan sesekali.
7.e Maklumat lain
8 Bagaimanakah saya melakukan pengaduan tentang tindakan Operator IRC
yang tidak benar?
1· Apakah yang dimaksudkan dengan IRCop?
Pengertian IRCop merupakan singkatan daripada IRC Operator - tetapi
bukan IRC Cop (Polis IRC) atau mIRC Cop (Polis mIRC) seperti yang
diketahui selama ini. Mereka juga boleh di istilahkan sebagai oper (dan juga
kita haruslah memahami, bahawa amat penting untuk membuat perbezaan
antara IRC dan mIRC dimana mIRC adalah sebuah program yang digunakan untuk
mengaksess IRC; terdapat begitu banyak program IRC berbanding mIRC untuk
membolehkan anda berkomunikasi dengan teman-teman di dalam rangkaian
IRC).
Operator IRC adalah seseorang yang mempunyai aksess untuk menggunakan
perintah-perintah didalam menguruskan kegiatan pentadbiran pelayan
mereka termasuk diseluruh jaringan pelayan. Mereka biasanya mempunyai
pengalaman dalam menggunakan IRC dan rangkaian MalayNet berbanding pengguna
biasa, maka dengan itu jelas kita ketahui bahawa mereka mempunyai kuasa
dalam mengatasi segala situasi masalah-masalah yang terdapat di dalam
rangkaian. Sebagai contoh mereka melakukan semua itu secara sukarela
dengan memberikan waktu mereka untuk menjaga kestabilan rangkaian tanpa
bayaran, kerana semuanya dilakukan secara sukarela.
2· Apakah perkara yang merupakan tanggungjawab daripada seseorang
Operator IRC?
Tugas utama seseorang Operator IRC ialah dikehendaki melihat bahawa
pelayan mereka, dan juga keseluruhan rangkaian, berjalan dengan baik
sebagaimana yang dikehendakinya. Termasuk juga melakukan berbagai tindakan
terhadap orang-orang yang melanggar peraturan MalayNet seperti klon,
pembanjir ataupun pengiklan berleluasa. (spammers) dan memutuskan serta
menyambung pelayan bagi memperbaiki lag (hambatan jalur data) atau
netsplits (putusan jaringan) (penjelasan mengenai netsplits.
Seorang Operator IRC dikehendaki meluangkan waktu untuk menolong
pengguna. Misalnya, salah satu alasan yang paling banyak terjadi iaitu
pengguna haruslah mencari Operator IRC kerana mereka tidak sengaja melupakan
kata laluan nama samaran ataupun cenel yang didaftarkan atas nama nama
samarannya. Dan juga sebagai catatan bahawa Operator IRC sebenarnya
tidak diwajibkan untuk membantu pengguna walaupun hal itu sebenarnya
terdapat di dalam pentadbiran rangkaian MalayNet.
Beberapa Pentadbir Pelayan boleh menggunakan haknya untuk mengambil
masa yang diguna oleh para opsnya ketika para opsnya sedang memberikan
bantuan kepada pengguna ataupun ketika mereka sedang berbual untuk
melaksanakan fungsi dan tugas utama daripada seorang Operator IRC itu sendiri,
namun hal tersebut tidak berlaku kepada semua pelayan yang ada di dalam
rangkaian. Walaupun jika terdapat seorang Operator IRC di dalam salah
satu pelayan yang adminnya menjalankan hak tersebut, mereka (Operator
IRC) tetap mempunyai hak tersendiri untuk menolak secara peribadi dalam
membantu pengguna dengan berbagai alasan yang mereka ada tanpa
menghiraukan admin yang menggunakan haknya. Sebagai catatan terdapat Operator
IRC yang mempunyai kesibukan tersendiri dengan berbagai tugasan dan
tanggungjawab yang mereka miliki di dalam kehidupan IRC mereka dan kehidupan
peribadi masing-masing.
3· Apa yang seharusnya tidak boleh dilakukan oleh Operator IRC?
Berkenaan dengan hal yang mereka percayai, Operator IRC tidak boleh
melakukan apa yang mereka kehendaki mengikut sesuka hati mereka. Mereka
dipilih sebagai opers untuk melaksanakan tugasnya dengan baik demi
melancarkan pelayan mereka dan juga untuk kelancaran dari seluruh rangkaian,
mereka diharuskan untuk mengikuti peraturan yang telah dibuat dan
berkelakuan sebagaimana mengikut kelayakannya, bertanggungjawab terhadap
status yang mereka miliki.
Operator IRC tidak akan mencuri ataupun men-drop nama samaran dan cenel
demi kesenangan mereka. Segala perkara yang mereka lakukan semuanya
dirakam dalam database dan segala penyalahgunaan perintah akan atasi
dengan serius oleh unit tersendiri. Bagaimanapun, ini tidak bermaksud bahawa
Operator IRC tidak akan mengambil tindakan dalam melawan pengguna yang
melanggar peraturan MalayNet, adakah mereka itu spammers, cloners,
penyalahgunaan Services atau sesuatu yang mengakibatkan kekacauan? Terdapat
juga kepercayaan yang mengatakan bahawa Operator IRC boleh menggunakan
kekuasaan mereka untuk melihat pembicaraan seseorang secara privat
walaupun itu adalah pilihan yang tidak terdapat di dalam rangkaian MalayNet
semasa pilihan ini berfungsi di dalam rangkaian IRC yang lain, namun
tidak berlaku dalam MalayNet.
Ini bermaksud Operator IRC tidak akan men-drop nama samaran atau
channel ketika berada di dalam waktu tamat tempoh.. Ketika Services tidak
aktif (down), mereka (Operator IRC) biasanya tidak akan menggunakan anda
untuk menjadi @(op) di dalam channel anda walaupun anda mengatakan
bahawa anda adalah operators/founder dari channel tersebut. Dengan memberi
alasan Operator IRC tidak boleh memeriksa/menguji bahawa anda memang
benar-benar operators/founders dari channel yang bersangkutan ketika
Services sedang tidak aktif (dengan kata lain, anda tidak boleh mendapatkan
hak anda untuk mendapatkan @ops ketika Services sedang tidak aktif).
Namun walaubagaimanapun , mereka (Operator IRC) akan membantu anda
apabila cenel anda diserang dengan masalah klon dan banjir.
Untuk mengimbas semula peraturan MalayNet mengatakan setiap pengasas
cenel bebas menjalankan kebijaksanaan mereka ataupun peraturan channel
masing-masing, walaupun misalnya terdapat beberapa orang yang tidak
setuju akan perkara ini, MalayNet tidak akan masuk campur dalam kebijakan
pengasas channel sewaktu mereka tidak mengganggu MalayNet 's Services itu
sendiri. Ini kerana tidak terdapat peraturan yang mengatakan bahawa
pengasas channel haruslah bijaksana dan adil -- jika anda tidak suka dengan
peraturan ataupun bagaimanakah cara channel itu berjalan, ideal yang
sangat baik adalah anda haruslah mencuba channel yang berbeza dan mungkin
sesuai bagi anda untuk berkomunikasi. Oleh yang demikian disini telah
dinyatakan Operator IRC tidak mempunyai hak kekuasaan di dalam masalah
tip internal cenel seperti yang telah disebutkan di atas.
Sebagai catatan seterusnya Operator IRC secara umum tidak akan masuk
campur dalam segala masalah pengurusan channel kecuali apabila ada
seseorang/yang bertentangan dengan pedoman/peraturan dari rangkaian. Masalah
seperti apabila anda tiba-tiba terkena kick atau terkena ban dari
channel .ini disebabkan kelalaian channel ops, dsb. Sebaik-baiknya anda
dikehenaki melaporkan kepada pengasas cenel tetapi bukan kepada Operator
IRC.
4· Bagaimana cara sistem "opering" bekerja?
Sebuah baris O:line (huruf besar 'O') menyatakan bahawa seseorang itu
sebagai operator global. Dan sebuah baris o:line (huruf kecil 'o')
menyatakan bahawa seseorang itu sebagai operator lokal.
Dalam pengertian yang lebih baik, sebuah baris O:line/o:line ialah
baris yang terdapat di dalam konfigurasi file IRC pelayan (IRCd). Baris
O:line/o:line mengatakan bahawa maklumat tentang host (alamat IP) Operator
IRC's, nama samaran dan kata laluan. Dan juga memberi penjelasan
mengenai tingkatan-tingkatan perintah yang dapat di akses oleh Operator IRC
tersebut yang akan dinyatakan di dalam pengguna modes ketika Operator
IRC mengaktifkan perintah /oper.
Ketika Pentadbir Pelayan sedang memilih seseorang untuk menjadi anggota
Operator IRC di dalam pelayannya, maka biasanya mereka (Pentadbir
Pelayan) akan menambahkan beberapa baris perintah o:line di dalam pelayannya
untuk orang tersebut. Setelah baris tersebut ditambahkan, maka perintah
/oper akan berfungsi dengan baik pada orang yang dimaksudkan itu untuk
menjadi Operator IRC dalam pelayan itu. Operator IRC tersebut haruslah
selalu menghubungi IRC clientnya kepada pelayan yang memberikan
Operator IRC tersebut baris o:line, selain daripada itu perintah /oper tidak
akan berfungsi dengan baik pada pelayan lainnya (kecuali apabila
Operator IRC itu mempunyai akses kepada pelayan yang lain maka Operator IRC
itu dikatakan sebagai operator global dan mempunyai tanda O:line).
Maka dengan itu, biasanya Operator IRC akan selalu menjadi anggota
pelayan yang akan memberikan baris o:line pada Operator IRC itu (biasanya
dihubungkan sebagai pelayan utama). Namun, mereka juga mempunyai
kemampuan menggunakan perintah /oper di dalam pelayan lainnya bila dijalankan,
biasanya dihubungkan sebagai pelayan backup.
5· Jenis-jenis Operator IRC
Operator IRC tidak mempunyai persamaan fungsi. Terdapat bermacam-macam
kategori dari Operator IRC dan setiap dari mereka mempunyai akses yang
berbeza untuk membuat perintah yang lebih spesifik. Pada umumnya,
setiap kategori mempunyai akses tersendiri kepada setiap perintah-perintah
yang telah dijelaskan di atas (dengan pengecualian setiap pentadbir
pelayan). Dengan kata lain, semakin tinggi kategorinya atau semakin tinggi
akses yang mereka (Operator IRC) miliki semakin besar tanggungjawab dan
tugas yang harus mereka kerjakan. Penjelasan di bawah ini mungkin boleh
memberikan pengertian yang lebih baik mengenai apa saja yang mereka
boleh lakukan di dalam rangkaian IRC.
5.a Local Operators (Operator Lokal)
Operator IRC lokal hanya akan dapat dilihat sebagai oper jika anda
memeriksanya melalui maklumat WHOIS dari pelayan yang sedang mereka gunakan
pada saat itu. Mereka mempunyai kemampuan untuk mengakset baris k:lines
(bans pelayan lokal), menghubungkan kembali pelayan lokalnya yang
terputus dari rangkaian, dan memutuskan hubungan IRC daripada pengguna dari
pelayan lokalnya, serta melihat/mengetahui pengguna yang menggunakan
mode +i (invisible) dan kemampuan lain yang terbatas.
Secara umum boleh dikatakan, operator lokal hanya boleh menimbulkan
kesan kepada primary pelayannya saja dan tidak memberi kesan kepada
keseluruhan rangkaian.
5.b Global Operators (Operator Global)
Operator IRC global akan dilihat sebagai oper walaupun dimana anda
berada pada disetiap pelayan dalam suatu rangkaian IRC. Mereka mempunyai
kemampuan untuk memutuskan hubungan IRC daripada pengguna dari setiap
pelayan, dan mempunyai kemampuan untuk melihat daftar akses ChanServ untuk
(aop/sop/count), dsb.
Tidak seperti operator lokal, operator global mempunyai kesan secara
keseluruhan bagi rangkaian melalui tindakan mereka.
5.c Services Administrators (Pentadbir Perkhidmatan)
Pentadbir Perkhidmatan (Services Administator) dikenali juga sebagai SA
(seseorang yang menggunakan mode +a). Mereka dapat mengsetkan baris
K:lines (bans pelayan global), channel masskick, melihat daftar akses
NickServ, mengubah mode-mode cenel tanpa menjadi @op di dalam cenel, dsb.
5.d Server Administrators (Pentadbir Pelayan)
Pentadbir Pelayan (seseorang yang menggunakan mode +A) adalah
administrator dari pelayan MalayNet. Mereka bertanggungjawab diatas segala
tindakan-tindakan yang dilakukan oleh primary opers dalam pelayan yang
dipaparkan oleh Pentadbir Pelayan itu sendiri dan bertanggungjawab terhadap
segala risiko yang terjadi di dalam pelayan mereka bagi keseluruhan
rangkaian. Ada kemungkinan satu pelayan mempunyai dua Pentadbir Pelayan.
5.f Channel Services Operator (Operator Perkhidmatan Cenel)
Channel Services Operators biasanya dikenali juga sebagai CSop. Mereka
mempunyai kemampuan untuk mendapatkan kembali dan mengirimkan kata
laluan anda jika didapati anda kehilangan akses terhadap channel ataupun
nama samaran milik anda, pembekuan nama samaran dan channel, menutup
channel, yang semuanya itu hanya dilakukan apabila seseorang melakukan
pelanggaran terhadap peraturan Malaynet, dsb.
Ini adalah kerana mereka dapat membantu anda dalam masalah kata laluan,
Maka biasanya CSops adalah operator yang paling banyak
ditanyakan/dicari oleh semua pengguna MalayNet. walaubagaimanapun , mustahil bagi anda
untuk mengetahui apakah seorang oper itu adalah CSop atau bukan dengan
hanya melihat pada maklumat /whois mereka. Tapi anda boleh mencuba untuk
melihat pendaftaran siapa saja yang merupakan CSops di MalayNet dengan
menggunakan perintah /motd services.*.
5.g Services Root Administrator (Pentadbir Dasar Perkhidmatan)
Hanya beberapa orang saja yang merupakan SRA dalam MalayNet dan mereka
mempunyai kekuasaan akses yang tinggi terhadap Services. Terdapat
segolongan daripada mereka adalah Services coders, dan yang lainnya adalah
anggota daripada Lembaga Pentadbiran Keseluruhan (dulu dikenali sebagai
Lembaga Eksekutif), dsb. Mereka adalah sekumpulan orang-orang yang
sebenarnya bertugas untuk memelihara Services dan memberikan jawapan kepada
semua orang terhadap masalah-masalah yang dilaporkan kepada mereka
(Services Root Administrator).
6· Perbezaan yang terdapat di MalayNet ?
Terdapat banyak sekali berbagai Unit yang ada di MalayNet tidak
semuanya dari mereka adalah dari bahagian operator DALnet, tugas mereka
adalah: untuk melaksanakan tujuan tertentu demi kepentingan rangkaian,
pemeliharaan/pengawasan daripada pengiklanan berleluasa, mengatur mailing
lists, memelihara laman web, dsb.
Terdapat juga beberapa unit utama dimana di dalamnya terdapat beberapa
sub-unit yang disatukan. sebagai contoh, unit MassAds adalah sub-unit
dari Unit utama K-Line.
daftar lengkap mengenai unit- unit yang ada besertakan anggotanya di
MalayNet boleh dilihat pada http://www.malaynet.org.
6.a Unit Utama K-Line
Unit Main K-Line boleh dikatakan Unit terbesar dalam struktur rangkaian
MalayNet dan mereka bertanggungjawab diatas segala sesuatu yang
menyebabkan penggunaan setting ban network secara global. Maka dengan alasan
itulah Unit ini bernama: K-Line Team. Mereka mengatasi segala situasi
dengan semua ISPs, mengawal tindakan-tindakan yang dilakukan oleh para
pelanggar, jumlah pelanggaran dan penentuan waktu yang tepat untuk membuat
tindakan kepada pelanggar tersebut melalui domain dari ISPs pelanggar.
Sub-unit dari unit utama K-Line termasuk: Klon, Pengliklanan
Berleluasa, Penutup, Kafe Siber, Exploitasi, Proxy terbuka/Wingate dan
Penyalahgunaan Perkhidmatan.
6.b JawatanKuasa Bantuan
Unit JawatanKuasa Bantuan juga terdiri daripada sebuah unit utama dan
beberapa sub-unit. Mereka mempunyai tanggungjawab dalam memberikan
bantuan kepada setiap pengguna di MalayNet.Unit utama iaitu Help Committee
mempunyai tanggungjawab dalam mengadakan setiap urusan yang berhubungan
dengan help channel, memberikan persetujuan kepada setiap ideal-ideal
baru dan mendiskusikan segala mengenai isu-isu ataupun masalah yang belum
diselesaikan yang melibatkan bantuan kepada setiap MalayNet pengguna.
Sub-unit daripada JawatanKuasa Bantuan termasuk: Dokumentasi,
Acara-acara yang dilakukan di MalayNet (Events), HelpDesk dan WebTeam.
6.c Postmaster
Postmasters adalah pengurus dari mailing lists dan email alias untuk
para operator MalayNet. Sub-unit dari postmasters, adalah moderators, yang
bertugas untuk memoderator dari beberapa mailing lists dengan tujuan
untuk menyaring hal-hal/maklumat yang tidak pantas agar tidak sampai di
dalam mailing lists.
6.d Unit dan Kumpulan Lain
Terdapat juga beberapa Unit atau beberapa group yang independent yang
tidak mempunyai sub-unit dan Unit itu sendiri. diantara daripada mereka
adalah Unit Web, Coders, Unit Keselamatan, Unit Routing, Unit Latihan
Oper, Pentadbir Dasar Perkhidmatan, Lembaga Pentadbiran Keseluruhan,
dsb.
7· Bagaimana caranya agar saya boleh menjadi seorang IRC Operator ?
Menjadi seorang Operator IRC bukannya sesuatu dimana anda mengisi
borang aplikasi. Ia diberi oleh Pentadbir Pelayan kepada mereka yang
dikenali sama ada di IRC atau hidupan sebenar. Oleh yang demikian, jika anda
matlamat anda adalah untuk menjadi seorang operator IRC, anda
berkemungkinan akan menjadi kecewa. Jika anda berminat menjadi seorang operator
IRC supaya anda nampak glamor dan 'kill' orang yang mengganggu anda,
janganlah hairan jika anda tiba- tiba tidak dapat mengoper. Ia adalah
kerja sukarela. Melakukannya untuk kelihatan seperti glamor bukannya
sesuatu yang dilihat atau diinginkan di sini. :)
7.a Maklumat Am
Jawapan yang senang untuk soalan ini ialah jika anda masih berterusan
bertanyakan Operator IRC bagaimana anda boleh menjadi seorang Operator
IRC, anda tidak akan mendapatkan apa yang anda ingini. Kita tidak
mempunyai senarai calon yang berkebolehan atau prosedur aplikasi. Terdapat
hanya 2 cara untuk menjadi seorang Operator IRC: membina pelayan IRC anda
atau menunggu untuk seorang pentadbir menjemput anda. Memulakan pelayan
baru bukannya senang bagi ramai orang jadi cara kedua adalah cara lebih
am.
Perkara yang anda perlu tahu tentang menjadi seorang Operator IRC ialah
anda tidak akan menyuka kerja- kerja yang terlibat. Kedudukan seorang
Operator IRC bukannya glamor. Ia melibatkan banyak kerja keras, dedikasi
dan juga kesabaran. Anda tidak akan dapat bermain lagi dan anda akan
melihat orang lain berkeseronokan. Waktu perbualan anda dengan rakan-
rakan anda juga berkurangan. Sila ambil perhatian juga bahawa menjadi
seorang Operator IRC tidak bermaksud anda akan menjadi seorang mengambil
undang- undang di dalam tangan anda sendiri. Ini termasuk penggunaan
'kill' berleluasa demi menghapuskan masalah tidak bererti anda adalah
seorang 'Polis' atau 'Polis IRC'.
Tanyalah diri anda apa yang anda dapat menyumbang kepada MalayNet.
Peranan seorang Operator adalah sokongan, jadi tanyalah diri anda apa yang
anda boleh lakukan untuk menyokong MalayNet -- bukan dengan niat apa yang
anda boleh menjadi tetapi dengan minda anda kekal dengan apa yang anda
suka menyumbangkan masa. MalayNet memerlukan orang yang sedia membantu
orang lain, jadi jika itu adalah apa yang disukai, anda boleh melibatkan
diri anda dengan menyertai channel- channel bantuan rasmi atau tidak
rasmi, iktiraf. Kerja ini adalah lebih kurang bermanfaat dengan Operator
IRC dan lebih senang dicapai.
7.b Kebenaran
Pada masa dulu, terdapat beberapa cenel yang merupakan tempat yang
sesuai untuk pentadbir mendapatkan Operator IRC yang berpotensi. Setelah ia
menjadi buah mulut bahawa perkara ini berlaku, cenel- cenel ini penuh
dengan mereka yang ingin menjadi Operator IRC ang ingin memiliki "kuasa
IRC" tanpa keperolehan kemahiran teknikal yang diperlukan. Kini, ia
adalah amat sukar untuk menjadi seorang Operator IRC di MalayNet tetapi
ini tidak bermaksud anda tidak boleh membantu. Channel- channel bantuan
seperti #Help, #mIRC dan sebagainya sentiasa mencari
pengguna yang mempunyai niat yang baik dan hanya ingin memberi bantuan dan
bukannya untuk mendapatkan O:line.
Anda akan meluangkan masa anda menjawab soalan yang sama berulang kali.
Anda juga akan ditanya pelbagai jenis soalan untuk memberi bantuan
dalam pelbagai aspek. Anda tidak difikirkan sebagai seorang dengan semua
jawapan di tangan anda tetapi anda dikehendaki mengarahkan mereka kepada
arah yang betul untuk mendapatkan bantuan. Anda juga akan menghadapi
sesi lama dengan menyelesaikan konflik. Anda tidak boleh menghalaunya
atau menyuruh mereka mencari orang lain kerana orang lain itu adalah
Operator IRC dan perlu melihat masalah itu. Orang akan membanjiri kamu,
menendang/ menyekat kamu dari cenel-cenel mereka, memanggil anda nama-nama
yang tidak baik dipanggil, memikirkan anda sebagai seorang yang ganjil,
menghantar 'mailbomb' kepada akaun email anda dan 'hack' akaun shell
anda. Mereka juga akan cuba menyamar anda. Anda mungkin tidak akan
hiraukan mereka tetapi anda akan hairan dengan apa yang mereka boleh
melakukan atau telah melakukan. Terdapat juga mereka yang rasa terhutang budi
kepada anda dan akan mengucapkan 'terima kasih'. Mereka inilah
sebenarnya membuat anda rasa senang. Menjadi seorang Operator IRC tidak
bermaksud penggunaan arahan '/kill' (walaupun ia amat menarik sekali). Ia
adalah berkaitan dengan kemahiran manusia yang dapat melapangkan masa untuk
membantu semua.
7.c Cadangan
Jika anda masih ingin menjadi seorang Operator IRC, berikut adalah
beberapa cadangan:
1. Pelajarilah semua klien IRC. Bukan saja mIRC tetapi pelbagai klien
IRC yang lain. Pastikan anda mengetahui operasi klien tersebut.
2. Pelajarilah cara-cara mengendalikan perkhidmatan dan juga syntax
ChanServ, NickServ, MemoServ,Botserv dan HelpServ. Oleh kerana kami bertuah
memiliki perkhidmatan- perkhidmatan ini, mereka perlulah digunakan seberapa
banyak yang diperlukan kerana mereka amat berguna. HelpServ mengandungi
fail bantuan semua arahan yang disokong oleh klien Unix ircII dan juga
dengan klien IRC yang lain.
3. Pelajarilah mod pengguna dan mod cenel dan yang penting sekali mask
(nama!namapengguna@namahost).
4. Berilah bantuan kepada pengguna seberapa yang anda boleh tetapi ini
tidak bermaksud anda memberi bantuan dengan kehadiran seorang Operator
IRC.
5. Anda perlulah ikhlas terhadap menjadi seorang Operator IRC. Jika
anda ingin menjadi seorang Operator IRC demi status, maka ia akan
diketahui juga.
6. Adalah amat penting untuk bersikap sopan santun dan
berperikemanusiaan. Seorang Operator IRC perlu memiliki kemahiran 'interpersonal'.
7. Cuba memberi bantuan di cenel bantuan. Anda tidak akan diberi status
operator terus tetapi bantuan yang anda peroleh amat dihargai dan akan
dilihat.
8. Pelajarilah arahan raw IRC asas.
Ingat: Tidak semua akan dapat menjadi seorang Operator IRC walaupun
mereka berpengalaman atau layak, jangan rasa kecewa jika anda tidak
dapatkannya.
7.4 Jangan sesekali.
Perkara-perkara yang tidak patut dilakukan untuk menjadi Operator IRC:
1. Bersenang di banyak cenel pelayan dan bantuan dengan harapan
kehadiran anda akan meningkatkan peluang anda mendapatkan O:line.
2. Mendesak atau bertanyakan pentadbir tentang menjadi seorang Operator
IRC. Jika sedemikian, maka peluang anda untuk menjadi seorang Operator
IRC akan menjadi rendah.
3. Membantu dengan harapan pentadbir akan memilih anda menjadi seorang
Operator IRC. Bantulah untuk membantu dan bukan untuk menjadi seorang
Operator IRC.
4. Meminta status - dalam keadaan ini, anda digelar sebagai pengemis.
Ini adalah garis panduan apa yang perlu dan apa tidak patut dilakukan.
Ia tidak memberi jaminan anda akan menjadi seorang Operator IRC.
7.5 Maklumat lain
Dicadangkan juga untuk melakukan 'search' di Internet untuk maklumat
lain. Ambil perhatian juga bahawa bukan semua rangkaian IRC mempunyai
garis panduan yang sama seperti MalayNet.
8· Bagaimanakah saya melakukan pengaduan tentang tindakan Operator IRC
yang tidak benar?
Sebuah pengaduan tentang Operator IRC harus selalunya ditujukan kepada
pentadbir pelayan yang memberikan status oper kepada Operator IRC
tersebut. Anda boleh mengetahui mengenai siapa administrator dari Operator
IRC yang hendak anda laporkan dari suatu pelayan dengan mengetikkan
/admin opernick, dimana "opernick" adalah nama samaran dari Operator IRC
yang ingin anda laporkan. Perintah ini juga akan memberikan beberapa
maklumat bagaimana cara menghubungi pelayan yang bersangkutan.
Ketika anda tidak boleh menggunakan perintah tersebut kerana terdapat
sesuatu alasan, anda tetap boleh mengetahui dengan cara menggunakan
perintah /whois nama samaran_dari_Operator IRC dan melihat di pelayan mana
mereka sedang menggunakan status Operator IRC. Biasanya /motd
namapelayan.* akan memberikan anda sejumlah keterangan mengenai siapakah pelayan
admin dari pelayan yang bersangkutan. Contoh: /motd webmaster*. Atau
anda juga boleh melihat maklumat dengan lebih jelas pada alamat website
berikut ini http://www.malaynet.org dimana disana akan
diberikan keterangan lengkap mengenai struktur organisasi MalayNet.
Sebagai usaha terakhir, masuklah ke #abuse - mereka boleh membantu anda
dalam memberikan arahan yang tepat kepada sesiapa bahawa pengaduan anda
seharusnya ditujukan.
Ketika anda memberi komen anda, sekiranya boleh diingat anda haruslah
menuliskannya secara sopan santun menurut netiket, jelaskan situasinya
secara detail dan cubalah menjelaskannya dengan tepat dan ringkas. Jika
masalah anda ingin diatasi secara serius, cubalah berfikir sejenak
sebelum mengirimkan keluhan anda dan jangan sampai email anda itu hanyalah
sebuah cakap-cakap kosong sahaja, jangan sampai email anda itu boleh
menyinggung perasaan orang lain. MalayNet sangat serius sekali dalam
mengambil tindakan, dan MalayNet hanya akan mengambil tindakan pada masalah
yang dikatakan logik, namun tidak akan mengambil tindakan hanya kerana
seseorang itu ingin merosakkan nama orang lain atau membaca email yang
begitu panjang namun isinya tidak jelas, dsb. Dan hal itu tidak akan
membuatkan orang lain merasai keluhan anda. Juga, mengirimkan email kepada
setiap alamat-alamat email yang ada di MalayNet tidak akan membuatkan
orang lain memandang anda dengan serius. Marilah kita cuba untuk bersikap
lebih bertanggungjawab daripada melakukan hal tidak bermakna .
Biasanya, anda tidak seharusnya selalu menulis hanya tentang pengaduan
saja kepada Pentadbir Pelayan. Sebuah pujian untuk Operator IRC dari
salah satu anggota pelayan yang dimaksudkan kerana mereka yang melakukan
tugasnya dengan baik akan selalu diterima dengan tangan terbuka. ;)
0 Comments:
Post a Comment
<< Home