Mencari Operator IRC
Mencari Operator IRC
Diperkemaskan dan disunting semula oleh Q (Cr4sh@malaynet.org)
dan Kamsinah (kamsinah@salam.malaynet.org) pada 2006-03-27.
HakCipta © 2006-2007 oleh Rangkaian IRC MalayNet
Sila hantar maklum balas dan komen kepada http://surfchat.blogspot.com/
mengenai dokumen ini (bukan permintaan bantuan). Jika perlu bantuan
mengenai apa-apa yang tidak terkandung dalam dokumen ini, sila masuk ke
#Help MalayNet.
Pengenalan
IRCop adalah singkatan bagi IRC Operator(Operator IRC). Merekalah yang
menjaga keadaan pelayan, membanteras mereka yang bermasalah dari
MalayNet dan memastikan rangkaian IRC MalayNet beroperasi dalam keadaan
sempurna. Anda juga boleh mendapat bantuan daripada mereka mengenai beberapa
isu. Salah satu sebab adalah kerana anda telah lupa kata laluan anda,
misalnya.
Daftar Isi
1 Adakah anda perlu seorang Operator IRC?
2 #OperHelp
3 Cara Alternatif
4 Cara mendekati seorang Operator IRC
5 Jika permintaan bantuan kamu pernah ditolak ...
6 Soalan Umum (FAQ)
1· Adakah anda perlu seorang Operator IRC?
Sebelum anda mencari seorang Operator IRC, kamu perlu memastikan bahawa
anda memang memerlukan bantuan mereka. Kebanyakkan soalan mengenai
MalayNet boleh dijawab oleh kakitangan cenel bantuan MalayNet.
Untuk mengelakkan diri anda daripada mendapat nasihat atau maklumat
yang tidak tepat atau betul, adalah dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan
daripada cenel bantuan MalayNet yang disyorkan seperti #MalayNet,
#Operhelp dan #Help.
2· #OperHelp
Langkah pertama untuk mendapatkan seorang Operator IRC adalah dengan
melawat #OperHelp. #OperHelp adalah channel di mana Operator IRC
melapangkan masa untuk menjawab soalan. anda.
Semasa berada di #OperHelp, sila tunggu untuk giliran anda diberi
"voice" dan jangan mesej Operator (orang dengan @ di depan nama samaran
mereka). Para pengguna akan diberi "voice" berdasarkan konsep mereka yang
masuk dulu akan di beri bantuan terlebih dahulu. Oleh yang demikian,
keluar dan masuk balik ke dalam channel akan menyebabkan anda terpaksa
menunggu lebih lama sebelum mendapatkan bantuan.
3· Cara Alternatif
Sekiranya anda tidak dapat mencari seorang Operator IRC di #OperHelp,
anda bolehlah menggunakan cara alternatif untuk mendapatkan seorang
Operator IRC. Arahan pertama yang anda boleh gunakan ialah:
/who 0 o
Arahan ini akan memberi senarai Operator IRC yang sedia ada dan tidak
berada dalam keadaan mod "invisible" yang biasanya ditetapkan untuk
semua pengguna.
Lagi satu arahan yang paling efektif ialah:
/stats p namapelayan.*
Contoh:
/stats p shiva.*
Jika nama pelayan (server) tidak dinyatakan, maka anda menggunakan
arahan itu untuk pelayan yang kamu sedang berada. Arahan ini akan
memaparkan senarai Operator IRC yang berada dalam mode +h (helpful mode)dan
jumlah masa mereka tidak aktif (dalam saat). Tidak terdapat arahan untuk
membuar STATS P untuk semua pelayan.
4· Cara mendekati seorang Operator IRC
Sebelum mendekati seorang Operator IRC, sila gunakan arahan /whois
terlebih dahulu. Jika mereka mempunyai waktu ketiadaan yang tinggi atau
mempunyai mesej ketiadaan (away message), maka kemungkinan besar kamu
tidak akan dapat bantuan daripadanya buat sementara waktu. Sila pastikan
juga kamu bersopan santun apabila meminta bantuan. Mereka juga adalah
manusia seperti anda dan mereka akan pasti akan sedia membantu kamu
daripada kamu mengarah mereka untuk bantuan. :)
5· Jika permintaan bantuan kamu pernah ditolak
Sekiranya kamu pernah meminta bantuan terhadap sesuatu perkara dan ia
ditolak, adalah dinasihatkan supaya tidak mencari Operator IRC yang lain
untuk mendapatkan balasan positif. Ini juga termasuk bagi mereka
meminta bantuan terhadap masalah kata laluan (password). Operator IRC juga
ada beberapa panduan yang patut diikuti. Jika salah seseorang itu telah
menolak untuk membantu kamu, maka kemungkinan besar permintaan bantuan
kamu juga akan ditolak oleh Operator IRC yang lain. Tolong jangan
membazirkan masa kamu dan masa mereka dengan meminta bantuan Operator IRC
yang lain apabila permintaan kamu itu ditolak.
6· Soalan Umum (FAQ)
Q: Apakah saya perlu lakukan jika saya dikenakan ban daripada MalayNet?
A: Sila hubungi http://www.malaynet.org/ bersama dengan maklumat
mengenai ban kamu. Host/IP juga amat berguna. Sila sertakan juga sebab
Auto-Kill dan juga waktu tempatan anda.
Q: Saya ingin menjadi seorang Operator IRC. Apakah saya perlu lakukan?
A: Terdapat banyak sumber maklumat yang menerangkan proses menjadi
seorang Operator IRC.
Q: Bagaimana saya boleh menyambung pelayan saya dengan MalayNet?
A: Sila lawat http://www.malaynet.org/ untuk maklumat lebih lanjut
mengenai perkara itu.
Q: Cenel saya telah ditutup, bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat
mengenai perkara ini?
A: Tolong hantarkan email kepada http://www.malaynet.org/ untuk
maklumat lebih lanjut tentang cenel anda.
Q: Nama samaran saya telah dibekukan. Dengan siapa saya perlu
berhubung?
A: Tolong hantarkan email kepada http://www.malaynet.org/ untuk
maklumat lebih lanjut tentang nama samaran anda.
Anda boleh berhubung dengan kami di http://www.malaynet.org/ jika anda
mempunyai sebarang pertanyaan lain. Selamat menggunakan IRC.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home