Thursday, March 23, 2006

Pendaftaran Nama Samaran Dengan Nickserv


Pendaftaran Nama Samaran Dengan NickServ

Diperkemaskan dan disunting semula oleh Q (Cr4sh@malaynet.org)
dan Kamsinah (kamsinah@salam.malaynet.org) pada 2006-03-27.

HakCipta © 2006-2007 oleh Rangkaian IRC MalayNet

Sila hantar maklum balas dan komen kepada http://surfchat.blogspot.com/
mengenai dokumen ini (bukan permintaan bantuan). Jika perlu bantuan
mengenai apa-apa yang tidak terkandung dalam dokumen ini, sila masuk ke
#Help MalayNet.


Pengenalan

Dokumen ini menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk
mendaftarkan nama samaran anda di MalayNet. Ia juga menerangkan arahan dan
perhubungan email yang menjadi syarat semasa pendaftaran nama samaran.

Pendaftaran nama samaran MalayNet dilakukan melalui 1 peringkat. Satu
alamat email perlu ditetapkan bagi setiap nama samaran berdaftar
tersebut. Nama samaran yang tidak diauthentikasikan dalam masa 72 jam akan
luput. Maka ia adalah penting untuk menetapkan email yang sah.


Kandungan

1 Bagaimana mendaftarkan nama samaran saya:
2 Bagaimana mengenalkan nama samaran anda?
3 Bagaimana mengesahkan pendaftaran nama samaran?


1· Bagaimana mendaftarkan nama samaran saya:

Arahannya adalah seperti berikut:

/nickserv register kata_laluan alamat_email

Contoh:

/nickserv register PeanuttyButteryPass12 janet@peanutbutter.ca


Dimana PeanuttyButtery12 adalah kata laluan dan janet@peanutbutter.ca
adalah alamat email yang sah.

Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian semasa memilih
kata laluan.

Anda dikehendaki mengesahkan pendaftaran nama samaran anda sebelum anda
dapat menggunakan aksess penuh kepada ciri- ciri perkhidmatan. Maka, ia
adalah amat penting untuk anda menggunakan alamat email yang sah. Sila
rujuk kepada bahagian 3 untuk maklumat lebih lanjut.


2· Bagaimana mengenalkan nama samaran anda ?

Anda perlu mengenalkan nama samaran anda sebelum menggunakan
arahan-arahan lain NickServ. Terdapat beberapa cara untuk mengenalkan nama
samaran anda dengan 2 cara lazim:

/msg nickserv identify nama_samaran kata_laluan
/nickserv identify nama_samaran kata laluan

Anda juga boleh mengenalkan nama samaran yang anda tidak guna pada masa
itu. Jika anda ingin mengenalkan nama samaran yang anda sedang guna,
parameter nama_samaran tidak perlu sertakan. Sebagai contoh:

/msg nickserv identify PeanuttyButteryPass12
/msg nickserv identify PeanutButterLover
PeanuttyButteryPass12
/nickserv identify PeanuttyButteryPass12
/nickserv identify PeanutButterLover PeanuttyButteryPass12

Cara- cara lain mengenalkan nama samaran anda kepada NickServ termasuk:

/quote nickserv identify nama_samaran password
/identify nama_samaran password
/services identify nama_samaran password


Dengan arahan- arahan sebelum ini, parameter nama_samaran adalah
opsyenal jika anda ingin mengenalkan kepada nama samaran yang anda sedang
guna.

NOTA: Adalah dicadangkan untuk menaip semua arahan perkhidmatan di
tingkap status yang bukan tingkap channel atau mesej bagi mengelakkan kata
laluan anda terpapar. Contohnya, jika anda lupa tanda slash (/) dalam
arahan.

Anda tidak sepatutnya mengenalkan kepada sesiapa selain NickServ atau
ChanServ.

Perlu diingatkan bahawa kata laluan adalah "case sensitive". Ini
bermakna, NickServ boleh mengenali "upper case" dan "lower case" secara
berasingan. Contohnya "apple","APPLE" dan "aPPLe" adalah kata laluan yang
berlainan. Pastikan anda menaip kata laluan anda dengan betul. Jika anda
masih mendapat mesej masalah, anda boleh mendapatkan bantuan Operator
IRC.


3· Bagaimana mengesahkan pendaftaran nama samaran?

Buat masa ini MalayNet tidak menggunakan perkhidmatan daftar nama
samaran dengan pengiriman daripada "MalayNet User Registration" dalam akaun
email yang anda tetapkan semasa pendaftaran. Dalam email ini, anda akan
diberitahu kod authentikasi dan cara menggunakannya untuk melengkapkan
pendaftaran nama samaran anda.

Anda hanya perlu guna perkhidmatan daftar yang biasa gunakan oleh semua
pengguna MalayNet dengan menaip:

/nickservices daftar nama samaran kata laluan

Sekiranya anda mengauthentikasikan nama samaran yang telah didaftarkan,
anda akan menerima notis seperti berikut:

-NickServ- This nick is already fully registered.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Malaysia Blog Sites Listing
Free Web Counter
hit Counter