Thursday, March 23, 2006

Maklumat Chanserv


Maklumat ChanServ

Diperkemaskan dan disunting semula oleh Q (Cr4sh@malaynet.org)
dan Kamsinah (kamsinah@salam.malaynet.org) pada 2006-03-27.

HakCipta © 2006-2007 oleh Rangkaian IRC MalayNet

Sila hantar maklum balas dan komen kepada http://surfchat.blogspot.com/
mengenai dokumen ini (bukan permintaan bantuan). Jika perlu bantuan
mengenai apa-apa yang tidak terkandung dalam dokumen ini, sila masuk ke
#Help MalayNet.


Pengenalan

ChanServ telah dicipta untuk menghentikan pengambilan alih channel dan
pengawalan automatik channel. Lain kata, menenangkan pengguna channel
secara am. Pelbagai arahan telah ditambah kepada ChanServ.

Pengaksessan ChanServ boleh dicapai melalui arahan /chanserv atau /msg
ChanServ@malaynet.org Kita akan menggunakan arahan /chanserv sepanjang
dokumen ini. Terdapat beberapa klien IRC (contohnya BitchX) yang tidak
menyokong penggunaan /chanserv dan anda perlu menggunakan /msg
ChanServ@malaynet.org

Kandungan
1 Mendaftarkan cenel
2 Melupuskan cenel
3 Mengenalkan diri sebagai pemilik cenel
4 Mendapatkan semula kata laluan
5 Menambah/membuang/senarai SOp
6 Menambah/membuang/senarai AOp
7 Menambah/membuang/senarai Akick
8 Op / Deop
9 Mass Kick cenel
10 Mass Deop Cenel
11 Menetapkan Opsyen Cenel
11.a Menukar Pemilik Cenel
11.b Menukar kata laluan cenel
11.c Menukar deskripsi Cenel
11.d Menukar mod cenel
11.e Opsyen OPGUARD
11.f Opsyen KEEPTOPIC
11.g Opsyen URL
11.h Operator perlu mengenalkan diri sebelum mendapat satus Op
11.i Hanya AOP/SOP dan Pemilik boleh masuk cenel (Restricted)
11.j Opsyen VERBOSE
11.h Menetapkan siapa dibenarkan mengubah topik
11.i Membenarkan pengguna yang masuk tetap sebagai Op
11.j Pemilik cenel tidak perlu mengenal kepada perkhidmatan
11.k Menetapkan cenel sebagai Cenel Peribadi
11.l Opsyen aksess penghantaran memo channel
11.m Opsyen SUCCESSOR (Pengganti/Timbalan)
11.n Membuang anda daripada akses timbalan pengasas cenel
11.o Menetapkan kata laluan untuk laman web cenel
11.p Opsyen MAILBLOCK untuk cenel
12 Menjemput diri anda ke dalam cenel
13 Melihat aksess seorang pengguna
14 Mengetahui mengapa seseorang itu memperoleh status Operator
15 Menghapuskan sekatan diri anda dan orang lain
16 Mengira jumlah AOp/SOp dan AKick
17 Memperoleh maklumat suatu cenel
18 Keselamatan Cenel
19 Kesimpulan


1· Mendaftarkan Cenel

Syntax: /chanserv register #cenel kata_laluan kata_pendek

Maklumat Arahan REGISTER membenarkan pengguna mendaftarkan cenel mereka
(jika ia belum berdaftar) dengan sebaris arahan sahaja. Untuk
mendaftartkan sesuatu channel, pengguna harus menyatakan nama cenel, kata laluan
dan, pendek kata cenel itu.

Perhatian: Jangan sesekali berkongsi kata laluan anda dengan pengguna
lain. MalayNet tidak akan bertanggungjawab atas pengambilan alih channel
anda jika anda telah berkongsi kata laluan. Adalah dicadangkan juga
untuk memilih kata laluan yang senang untuk kamu tetapi sukar untuk orang
lain meneka.

Untuk menentukan sama ada sesuatu cenel itu berdaftar atau tidak,
gunakan arahan /chanserv info #channel yang akan dibincang kemudian dalam
dokumen ini. Jangan lupa tanda # semasa mendaftarkan suatu cenel.

Contoh: /chanserv register #mychat chat123 My World online.

Ini akan mendaftarkan cenel #mychat dengan kata laluan chat123 (kata
laluan yang agak rumit untuk seseorang meneka) dan kata pendek untuk
cenel itu.


2· Melupuskan Cenel

Syntax: /chanserv drop #cenel [dropcode]

Maklumat: Arahan ini akan melupuskan cenel yang anda miliki. Anda perlu
menggunakan arahan itu sendirinya kali pertama dan kod lupus untuk kali
kedua bersama dengan arahan itu.

Nota: Anda mesti mengenalkan cenel anda kepada ChanServ sebelum anda
melupuskan cenel itu.

Contoh: /chanserv drop #mychat

Arahan ini akan dibalas dengan notis berikut di tetingkap status anda:

-ChanServ- Dropping a channel is permanent and cannot be undone!

-ChanServ- To confirm, type: /chanserv DROP #mychat 123456789

Maka anda akan menaip/chanserv DROP #mychat 12345678 untuk anda
menentukan keputusan anda muktamad.


3· Mengenalkan Diri Sebagai Pemilik Cenel

Syntax: /chanserv identify #cenel kata_laluan

Maklumat: Arahan ini akan mengenalkan diri pengguna itu kepada ChanServ
sebagai pemilik cenel itu dan membenarkannya memberikannya aksess khas
untuk pemilik channel itu sahaja. Anda juga boleh menggunakan arahan
/identify #channel kata_laluan dan /services identify #cenel kata_laluan


4· Mendapatkan Semula Kata Laluan

Syntax: /chanserv sendpass #cenel email

Maklumat: Arahan SENDPASS membenarkan pemilik cenel itu mendapatkan
kata laluan dengan menghantarkan kata laluan channel itu kepada emailnya
yang selaras dengan database perkhidmatan. Pemilik channel itu boleh
menggunakan arahan ini sekiranya beliau melupakan kata laluan channel
tersebut.Perlu diingatkan bahawa pemilik cenel mesti mengenalkan nama
samaran pemilik terlebih dahulu sebelum menggunakan arahan ini.

Nota: Adalah dicadangkan supaya menggunakan alamat email tetap yang
anda tidak akan sentiasa menukar (bukan email ISP kerana anda mungkin akan
menukar ISP anda pada masa depan). Jika email anda telah ditukar dan
anda telah hilang kata laluan cenel anda, anda tidak dapat mendapatkan
kata laluan itu.


5· Menambah/Membuang/Senarai SOp

Syntax: /chanserv sop #cenel add/del/list/wipe [nick]

Maklumat: Arahan ini membenarkan pemilik cenel itu menambah atau
membuang SuperOp dari senarai aksess channel. Walaubagaimanapun, arahan LIST
dapat digunakan oleh AOp dan ke atas.

Nota: SOp mempunyai aksess kepada beberapa arahan penting
(Menambah/membuang AOp, menambah/ membuang akick dan sebagainya). Oleh yang
demikian, seorang pemilik channel harus memilih mereka dengan teliti. Satu
channel hanya boleh ada 100 SOp pada satu masa. Arahan WIPE hanya boleh
digunakan oleh pemilik cenel itu.


6· Menambah/Membuang/Senarai AOp

Syntax: /chanserv aop #cenel add/del/list/wipe [nick]

Maklumat: Arahan ini membenarkan seseorang SOp atau pemilik cenel
menambah atau membuang AutoOp dari senarai AOp. Arahan LIST boleh digunakan
oleh AOp dan keatas.

Nota: Satu cenel hanya boleh ada 300 AOp pada satu masa. Arahan WIPE
hanya boleh digunakan oleh pemilik cenel itu.


7· Menambah/Membuang/Senarai Akick

Syntax: /chanserv akick #cenel add/del/list/wipe [nick/host]

Maklumat: Akick adalah tendangan automatik yang boleh ditambah oleh
seorang SOp atau pemilik channel itu. Walaubagaimanapun, arahan WIPE hanya
boleh digunakan oleh pemilik channel. Akick boleh diletak melalui nama
samaran atau nama host. Anda juga boleh menyenaraikan dengan satu corak
(*perkataan*).


8· Op / Deop

Syntax: /chanserv op/deop #cenel nama_samaran

Maklumat: Arahan ini adalah mudah kerana ia membenarkan anda memberi Op
atau Deop orang itu tanpa keperluan anda dalam keadaan Op dan tidak
semestinya berada dalam channel itu. Anda perlu memiliki status AOp atau
ke atas untuk menggunakan arahan ini.

Nota: Anda tidak boleh deop orang yang mempunyai aksess ChanServ lebih
tinggi daripada anda.


9· Mass Kick Cenel

Syntax: /chanserv mkick #cenel

Maklumat: Arahan MKick (Mass Kick) digunakan dalam keadaan desynch
(maklumat lebih lanjut boleh didapati dalam dokumen Putus Jaringan) di mana
cenel itu terpaksa ditutup dan dibuka semula.

Nota: Arahan ini hanya boleh digunakan oleh SOp dan pemilik cenel
sahaja. SOp tidak boleh menggunakan arahan ini semasa pemilik berada dalam
cenel.


10· Mass Deop Cenel

Syntax: /chanserv mdeop #cenel

Maklumat: Arahan MDEOP akan deop semua operator yang berada dalam cenel
yang mempunyai aksess yang sama atau lebih rendah daripada orang yang
menggunakan arahan itu. Contohnya, AOp boleh deop Op biasa dan AOp lain
manakala SOp boleh deop SOp/AOp dan Op biasa).


11· Menetapkan Opsyen Cenel

Arahan SET mempunyai arahan tambahan termasuk FOUNDER, PASSWD, DESC,
MLOCK, OPGUARD, KEEPTOPIC, URL, IDENT, RESTRICT dan VERBOSE. Kesemua
arahan ini akan menentukan bagaimana ChanServ berinteraksi dengan channel
anda. Anda perlulah mengenalpasti arahan- arahan ini kerana ia boleh
membantu anda mengawal keselamatan cenel anda.

Nota: Untuk menggunakan arahan ChanServ SET dan sub arahannya, anda
perlu mengenalkan diri sebagai pemilik cenel itu.


11.a Menukar Pemilik Cenel

Syntax: /chanserv set #cenel founder

Maklumat: Arahan ini akan membenarkan pengguna itu menukar pemilik
cenel itu kepada pengguna arahan itu sendiri.

Nota: Nama samaran yang digunakan oleh pemilik itu mestilah berdaftar.
Jika tidak, arahan ini tidak akan berfungsi.


11.b Menukar Kata Laluan Cenel

Syntax: /chanserv set #cenel passwd kata_laluan_lama kata_laluan_baru

Maklumat: Arahan ini akan menukar kata laluan bagi cenel anda daripada
kata laluan lama kepada kata laluan baru. Adalah dicadangkan untuk
menukar kata laluan anda kerap kali untuk mengetatkan lagi keselamatan
cenel anda.

Contoh:/chanserv set #mychat passwd chat123 chat456

Ini akan menukar kata laluan channel #mychat daripada chat123 kepada
chat456


11.c Menukar Deskripsi Cenel

Syntax: /chanserv set #cenel desc deskripsi baru

Maklumat: Arahan DESC akan membenarkan pemilik menukar deskripsi cenel
itu yang akan terpapar dalam arahan /chanserv info #cenel

Contoh: /chansev set #mychat desc MyAstro's Home on the web!

Arahan ini akan menukar deskripsi cenel #mychat kepada 'MyAstro's Home
on the web!'.


11.d Menukar Mod Cenel

Syntax: /chanserv set #cenel mlock mod

Maklumat: Arahan MLOCK adalah salah satu arahan penting untuk
mengekalkan keselamatan cenel anda. Berikut adalah semua mod yang boleh
dingunakan dan fungsinya:

+R - Hanya nama samaran berdaftar dibenarkan masuk. Mod ini amat
berguna untuk menghentikan serangan klon oleh kerana kebanyakkan klon tidak
menggunakan nama samaran berdaftar.

+n - Sekatan mesej luar. Opsyen ini akan menghalang pengguna yang tidak
berada dalam cenel daripada menghantar mesej kepada cenel itu.

+t - Hanya operator cenel boleh menetapkan topik. Ini akan memastikan
orang bukan operator channel tidak boleh menukar topik channel itu.
Terdapat juga beberapa penetapan ChanServ yang berkaitan dengan penetapan
topik yang akan dibincangkan kemudian.

+s dan +p - Kedua- dua mod ini menetapkan cenel dalam keadaan tidak
terpapar dalam output whois tetapi channel +s juga tidak terpapar dalam
arahan /list. Ini adalah satu cara terbaik untuk menghalang pengguna yang
tidak diingini masuk cenel itu.

+i - Mod ini menutup cenel kepada semua pengguna melainkan operator
cenel menjemput mereka atau mereka menggunakan arahan /chanserv invite.

+k - Mod ini menetapkan kata laluan dimana pengguna perlu menyatakan
kata laluan itu sebelum masuk cenel itu.

+l - Mod ini menghadkan bilangan pengguna yang boleh masuk cenel itu
pada suatu masa. Terdapat beberapa bot yang menetapkan had 5-10 pengguna
lebih daripada bilangan pengguna yang berada dalam channel itu pada
waktu itu. Ini adalah satu cara terbaik untuk menghalang klon.

+m - Opsyen ini hanya membenarkan Operator cenel dan pengguna 'voice'
berbual di cenel itu.

+c - Opsyen ini akan menghalang kod kontrol (warna, bold, underline dan
reverse) dihantar ke cenel itu. Ia juga amat berguna jika berlaku
serangan klon.

Nota: Terdapat beberapa mod yang memerlukan penyata tambahan
(contohnya, +l memberlukan nombor dan +k memerlukan kata laluan)

Contoh: /chanserv set #mychat mlock +ntR-s

Arahan ini akan menetapkan cenel #mychat kepada mod +ntR-s di mana
hanya operator cenel dapat menetapkan topik, mesej luar channel tidak
dibenarkan, hanya nama samaran berdaftar dibenarkan masuk cenel dan mod +s
(rahsia) tidak boleh ditetapkan.


11.e Opsyen OPGUARD

Syntax: /chanserv set #cenel opguard on/off

Maklumat: Apabila opsyen ini digunakan, hanya AOp, SOp dan pemilik
cenel dibenarkan mendapatkan status operator di cenel itu. Jika tidak,
orang itu akan dikenakan deop secara automatik.


11.f Opsyen KEEPTOPIC

Syntax: /chanserv set #cenel keeptopic on/off

Maklumat: Jika cenel menjadi kosong (orang terakhir meninggalkan
cenel), ChanServ akan menyimpan rekod topik terakhir jika opsyen ini
ditetapkan supaya topik itu akan dipamerkan apabila orang memasuki cenel itu
dengan mempamerkan nama penulis topik itu.


11.g Opsyen URL

Syntax: /chanserv set #cenel url [URL_di_sini]

Informasi: Opsyen ini membenarkan anda menetapkan URL yang akan
dipaparkan pada output INFO channel itu. Untuk membuang URL, taip arahan itu
tanpa sebarang URL pada akhir baris arahan itu.


11.h Operator perlu mengenalkan diri sebelum mendapat status Op

Syntax: /chanserv set #cenel ident on/off

Maklumat: Opsyen ini memberi penegasan sama ada seseorang itu boleh
mendapat status operator secara automatik tanpa mengenalkan diri (pengguna
dikenali melalui senarai aksess nama samarannya.


11.i Hanya AOP/SOP dan Pemilik Boleh Masuk Cenel (Restricted)

Syntax: /chanserv set #cenel restrict on/off

Maklumat: Apabila opsyen ini digunakan, ChanServ tidak akan membenarkan
sesiapa yang tidak tersenarai dalam senarai aksess channel masuk cenel
itu dengan menendang dan menyekat mereka daripada masuk.


11.j Opsyen VERBOSE

Syntax: /chanserv set #cenel verbose on/off

Maklumat: Apabila opsyen ini digunakan, ChanServ akan memberitahu semua
operator cenel yang berada pada ketika itu perubahan yang dibuat pada
senarai aksess cenel (termasuk penambahan/pembuangan AOp, SOp atau
Akick).

Contoh outputnya ialah:

-ChanServ:@#mychat- [VERBOSE] MyChat!mystro@sun.2kservices.com => aop
#mychat add |MyChatz|


11.k Menetapkan Siapa Dibenarkan Mengubah Topik

Syntax: /chanserv set #cenel topiclock founder/sop/off

Maklumat: Opsyen ini akan menentukan siapa yang boleh menukar topik
cenel itu: Anda (Pemilik), SOp atau sesiapa saja (OFF).


11.l Membenarkan Pengguna Yang Masuk Tetap Sebagai Op

Syntax: /chanserv set #cenel leaveops on/off

Maklumat: Apabila opsyen ini digunakan, ChanServ tidak akan deop orang
pertama yang masuk channel itu sama ada orang itu mempunyai aksess atau
tidak. Dalam keadaan OFF, ia akan deop sesiapa yang bukan AOp dan ke
atas. Adalah tidak digalakkan untuk menggunakan opsyen ini atas
sebab-sebab keselamatan cenel.


11.m Pemilik Cenel Tidak Perlu Mengenal Kepada Perkhidmatan

Syntax: /chanserv set #cenel unsecure

Maklumat: Apabila opsyen ini digunakan, sesiapa yang mempunyai aksess
yang sepadan dengan senarai aksess pemilik channel dapat menukar opsyen-
opsyen channel tanpa keperluan mengenalkan dirinya kepada ChanServ.
Opsyen ini tidak digalakkan digunakan atas tujuan keselamatan cenel.


11.n Menetapkan Cenel sebagai Cenel Peribadi

Syntax: /chanserv set #cenel private on/off

Maklumat: Opsyen ini akan menghalang penggunaan arahan /chanserv invite
daripada digunakan. Hanya AOp dan keatas sahaja dapat melihat topik
channel apabila mereka menggunakan arahan /chanserv info #namachannel Ia
juga hanya akan membenarkan orang yang mengetahui cenel itu mendapat
aksess cenel tersebut.


11.o Opsyen aksess penghantaran memo channel
Syntax: /chanserv set #cenel memo none/aop/sop/founder

Maklumat: Opsyen ini memberi pilihan kepada pemilik cenel itu untuk
menentukan siapa boleh menghantar memo channel. Apabila opsyen ini
ditetapkan pada NONE, tiada sesiapapun dapat menghantar memo; apabila ia
ditatapkan pada AOp, semua yang berada di dalam senarai aksess cenel
ChanServ itu dapat menghantar memo; apabila ia ditetapkan pada SOp, hanya SOp
dan pemilik dapat menghantar memo; dan apabila ditetapkan pada FOUNDER,
hanya pemilik dapat menghantar memo.


11.p Opsyen SUCCESSOR (Pengganti/Timbalan)

Syntax: /chanserv set #cenel successor nickname / -

Maklumat: Opsyen ini akan membenarkan pemilik cenel menetapkan
pengganti (timbalan) jika nama samaran pemilik asal itu luput. Apabila nama
samaran pemilik luput, timbalannya akan mengambil alih tempatnya. Jika
anda tidak ingin menetapkan timbalan, gunakan sempang ("-") sebalik nama
samaran. Jika nama samaran timbalan telah luput atau tindakan tidak
diambil dalam masa sepuluh (10) hari, channel itu akan luput secara biasa.
Seseorang pengguna dapat menghalang dirinya daripada diletak sebagai
wakil founder melalui opsyen NOOP.


11.q Membuang Anda Daripada Akses Timbalan Pengasas Cenel

Jika anda tidak ingin menjadi seorang wakil founder cenel itu, lakukan
perintah berikut:

Syntax:/chanserv successor #cenel DEL

Nota: Anda mesti menggunakan nama samaran yang ditetapkan sebagai
timbalan dan telah mengenalkan untuknya.

Contoh: /chanserv successor #MalayNetHelp DEL nick


11.r Menetapkan Kata Laluan Untuk Laman Web Cenel

Syntax: /chanserv set #cenel webpaswd kata laluan

Maklumat: Opsyen ini membenarkan pemilik cenel itu menetapkan kata
laluan untuk laman web cenelnya.

Nota: Kata laluan untuk laman web cenel anda mesti berlainan daripada
kata laluan cenel supaya kata laluan untuk laman web itu boleh diberi
kepada orang untuk mengendalikan laman web tersebut.


11.19 Opsyen MAILBLOCK Untuk Cenel

Syntax:/chanserv set #cenel mailblock on/off

Maklumat: Arahan ini membenarkan pemilik cenel itu menetapkan opsyen
MAILBLOCK ON atau OFF dimana ia akan menghalang dan membolehkan
penghantaran kata laluan kepada email pemilik jika kehilangan kata laluan cenel
tersebut.

Nota: Dengan mengaktifkan opsyen ini, pemilik cenel tidak boleh
mendapatkan kata laluan itu semula jika kata laluannya hilang/ lupa. Opsyen
ini tidak patut digunakan selain pemilik channel itu sendirinya pasti
beliau tidak akan lupa atau hilang kata laluan itu.


12· Menjemput Diri Anda Ke Dalam Cenel

Syntax: /chanserv invite #cenel nick

Maklumat: Arahan ini akan menjemput anda ke dalam cenel yang mempunyai
mod +R/+O/+i/+l/+k/+b atau channel yang anda disekat oleh orang. Arahan
ini hanya boleh digunakan oleh orang yang mempunyai aksess AOp dan ke
atas.


13· Melihat Aksess Seorang Pengguna

Syntax: /chanserv acc/access #cenel [nick]

Maklumat: Arahan ini akan membenarkan AOp atau operator lain dengan
aksess mengetahui aksess dia/ pengguna lain dalam cenel itu. Berikut
adalah nombor aksess dan definisinya:

-2 = Cenel itu dibeku atau ditutup

-1 = AutoKICK dari cenel

0 = Asas

1 = AutoOp (AOp)

2 = SuperOp (SOp)

3 = Aksess pemilik dengan hostmask dari senarai aksess pemilik dalam
NickServ

4 = Aksess pemilik dengan pengenalan melalui kata laluan nama samaran
dengan NickServ

5 = Aksess pemilik dengan pengenalan melalui kata laluan cenel dengan
ChanServ

Jika pengguna itu tidak ada di MalayNet, aksessnya adalah 0.


Nota: Hanya AOp dan ke atas sahaja dapat menggunakan arahan ini.

Contoh: /chanserv acc #mychat mychat

Berikut adalah balasan ChanServ:

-ChanServ- MyChat ACC #mychat 5 (Founder)

14· Mengetahui Mengapa Seseorang Itu Memperoleh Status Operator

Syntax: /chanserv why #cenel nick

Maklumat: Arahan WHY mempunyai sedikit persamaan dengan arahan
ACC/ACCESS dan hanya mempunyai satu perbezaan iaitu ia tidak memberitahu tahap
aksess seorang pengguna itu tetapi menyatakan aksess orang itu sama ada
pengguna itu adalah AOP/SOP/Pemilik. Ia juga akan menyatakan nama
samaran asal operator itu jika operator itu menggunakan nama samaran yang
berlainan.

Nota: Hanya AOp dan ke atas sahaja dapat menggunakan arahan ini.

Contoh: /chanserv why #mychatstro mychat

Berikut adalah balasan yang kamu akan memperoleh dari ChanServ:

-ChanServ- Mychat has FOUNDER access to #mychat. Reason: Identification
to services with the cenel kata laluan.


15· Menghapuskan Sekatan Diri Anda dan Orang Lain

Syntax: /chanserv unban #cenel [nick/*/nick!user@host]

Maklumat: Arahan UNBAN akan menghapuskan sekatan yang dikenakan atas
nama samaran anda berdasarkan nama_samaran!pengguna@host jika anda tidak
menyatakan nama samaran. AOp juga dapat menghapuskan sekatan atas
seorang pengguna atau host. SOp dapat menghapuskan semua sekatan dengan
menggunakan * sebalik nama samaran.


16· Mengira Jumlah AOp/SOp dan AKick

Syntax: /chanserv count #cenel

Maklumat: Arahan ini akan memberitahu jumlah AKick, AOp dan SOp dalam
sesuatu cenel.

Contoh: /chanserv count #mychat

Balasan ChanServ adalah seperti berikut:

-ChanServ- Channel: #mychat - AOP: 27 SOP: 3 AKICK: 9


17· Memperoleh Maklumat Suatu Cenel

Syntax: /chanserv info #nama cenel

Maklumat: Arahan INFO membenarkan seseorang itu untuk memperoleh
maklumat channel itu (penetapan cenel, topik, tarikh didaftarkan, tarikh op
terakhir dan sebagainya).

Contoh: /chanserv info #mychat

Berikut adalah balasan ChanServ:

-ChanServ- Info for #mychat:

-ChanServ- Founder : |MyChat| (mychat@200.33.100.100)

-ChanServ- Mode Lock : +nt-ilk

-ChanServ- Description: My little home on the net.

-ChanServ- Options : Verbose

-ChanServ- Memo Level : AOP

-ChanServ- Registered : Thu 03/27/2005 03:07:00 GMT

-ChanServ- Last opping: Sat 03/27/2006 13:54:14 GMT

-ChanServ- *** End of Info ***

Ini menunjukkan bahawa pemilik cenel itu adalah |MyChat| dengan host
mystro@66.38.188.104, mod channel ditetapkan pada +nt-ilk, deskripsi
cenel ialah 'my little home on the net.' dsb.


18· Keselamatan Cenel

Sekarang anda telah mempelajari arahan-arahan ChanServ, kita akan
bergerak kepada sesuatu topik yang penting iaitu keselamatan cenel. Setiap
hari, ramai pengguna melawat cenel-cenel seperti #help untuk menerima
bantuan terhadap masalah pengambilan alih cenel, lupa kata laluan dan
sebagainya. Berikut adalah beberapa cadangan yang dapat membantu anda
mengatasi masalah keselamatan cenel anda.

1) Pastikan kata laluan anda terdiri daripada kes kecil dan besar
bercampuran. Ini akan menyebabkan kesukaran untuk orang meneka kata laluan
itu.

2) JANGAN SEKALI KALI memberi kata laluan anda kepada orang yang tidak
dikenali. MalayNet tidak akan memberi bantuan kepada mereka yang
berkongsi kata laluan dan didapati disalahgunakan.

3) Pilihlah SOp dan AOp anda dengan teliti. Jangan letak orang yang
tidak dikenali sebagai operator cenel.

4) Kekalkan mlock anda pada +nt. Ini akan menghalang orang bukan
operator cenel daripada menukar topik dan menghalang mesej daripada orang
yang tidak berada di dalam cenel.

5) Jangan menggunakan skrip pengenalan automatik. Jika berbuat juga,
jangan sesekali memberi skript itu kepada orang lain dengan pengenalan
automatik. Jika tidak, anda akan mengalami masalah besar.

6) Tukarlah kata laluan anda sebulan sekali.


19· Kesimpulan

Sekarang, anda telah mengenali arahan ChanServ dan telah sedia untuk
menggunakan perkhidmatan ini dengan penuh tanggungjawab sebagai pemilik
channel. Anda juga dinasihati untuk membaca dokumen NickServ untuk
arahan dan penetapan NickServ.

Untuk maklumat tambahan mengenai AOp/SOP dan AKick, anda bolehlah
melawati http://www.malaynet.org/

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Malaysia Blog Sites Listing
Free Web Counter
hit Counter