Thursday, March 23, 2006

Perkembangan Dan Keselamatan Cenel


Perkembangan dan Keselamatan Channel

Diperkemaskan dan disunting semula oleh Q (Cr4sh@malaynet.org)
dan Kamsinah (kamsinah@salam.malaynet.org) pada 2006-03-27.

HakCipta © 2006-2007 oleh Rangkaian IRC MalayNet

Sila hantar maklum balas dan komen kepada http://surfchat.blogspot.com/
mengenai dokumen ini (bukan permintaan bantuan). Jika perlu bantuan
mengenai apa-apa yang tidak terkandung dalam dokumen ini, sila masuk ke
#Help MalayNet.


Pengenalan

Dokumen ini ditujukan khas kepada operator cenel terutama sekali
pemilik channel dengan memberi panduan perkembangan dan keselamatan channel.
Dokumen ini juga mengandungi maklumat bagaimana polisi MalayNet
mempengaruhi operasi cenel.


Kandungan

1 Apakah itu cenel?
2 Membuka dan mendaftar cenel
3 Bagaimana saya boleh mengembangkan cenel saya?
4 Keselamatan dan masalah cenel
4.a Opsyen keselamatan ChanServ
4.b Memilih operator cenel
4.c Banjir
4.d Spam
4.e Desynch cenel
4.f Pengambilan alih cenel dan lain- lain
5 Cenel anda dan AUP MalayNet
5.a Pengiklanan/ Jemputan Berleluasa (Mass Advertising/ Inviting)
5.b Penyalahgunaan Perkhidmatan (Services Abuse)
6 Rumusan
7 Penghargaan


1· Apakah itu channel?

Cenel merupakan suatu bilik atau tempat dimana anda bertemu dengan
pengguna-pengguna lain untuk membincang sesuatu topik. Suatu channel boleh
didaftarkan dan dimiliki oleh sesiapa saja. Seseorang pengguna yang
mendaftarkan channel itu digelar sebagai pengasas. ChanServ adalah
perkhidmatan pendaftaran dan kawalan cenel. Perkhidmatan ini adalah percuma
kepada semua pengguna MalayNet.

Cenel-cenel ini biasanya dikawal oleh operator cenel untuk memastikan
operasi channel itu berjalan dengan lancar. Operator channel dapat
menendang dan menyekat para pengguna dengan atau tanpa sebab. Perlu
dititikberatkan bahawa bukan semua channel mempunyai peraturan yang sama serta
pengendalian isu- isu tertentu. Penetapan peraturan dan polisi cenel
adalah atas kebijaksanaan pengurusan cenel itu.


2· Membuka dan mendaftar cenel

Membuka dan mendaftar cenel adalah senang. Setelah cenel itu
didaftarkan, anda mempunyai kuasa sepenuhnya bagaimana anda ingin menguruskannya.
Sebelum anda mendaftarkan channel anda, sila pastikan anda memiliki
nama samaran berdaftar dengan NickServ. Setelah anda
tamat mendaftarkan nama samaran anda, barulah anda boleh mendaftarkan
suatu cenel.

Untuk membuka suatu cenel, sila pilih suatu nama untuk cenel dan
seterusnya taip /join #channelname. Contohnya, jika anda memilih nama channel
#FleetStreet, anda akan menaip /join #fleetstreet. Sila pastikan anda
mempunyai Ops (@) sebelah nama samaran anda. Untuk memastikan channel
itu tidak didaftarkan kepada orang lain, sila taip /chanserv INFO
#channelname dimana, dalam contoh ini, anda akan menggunakan /chanserv info
#fleetstreet. Sila ambil perhatian bahawa anda perlu sertakan # sebelum
nama cenel semasa mendaftarkan cenel dan mengubahsuaikan opsyen baginya.
Jika anda mendapat notis:

-ChanServ- The channel #fleetstreet is not registered.

ia bermaksud anda boleh mendaftarkan cenel tersebut. Untuk mendaftarkan
channel, anda perlu menggunakan arahan /chanserv REGISTER #channelname
[kata_laluan] [deskripsi]. Dalam contoh ini, kita akan mendaftarkan
channel #FleetStreet dengan kata laluannya ToRnAdO dan A Cool Chat Cenel
sebagai deskripsi cenel itu. Maka, anda akan menaip:

/chanserv register #FleetStreet ToRnAdO A Cool Chat Channel .

Perlu diingatkan bahawa kata laluan anda adalah kes sensitif, bermaksud
STAR dan star tidak sama. Jika anda telah melupakan kata laluan channel
anda, anda boleh menggunakan arahan SENDPASS iaitu /chanserv SENDPASS
#cenel [alamat email pemilik]. Ambil perhatian juga bahawa sekiranya
cenel anda mempunyai opsyen MAILBLOCK dihidupkan, anda tidak dapat
mendapat semula kata laluan itu. Jangan lupa untuk menukar kata laluan anda
kerap kali dan tidak berkongsi dengan sesiapa.

Setelah selesai, anda akan menerima balasan daripada ChanServ
memberitahu bahawa pendaftaran channel anda telah dilakukan dan juga beberapa
maklumat penting untuk dibaca.


3· Bagaimana saya boleh mengembangkan cenel saya?

Soalan ini adalah soalan lazim yang ditanya oleh pemilik cenel setelah
mendaftarkan channel mereka. Kekunci utama untuk pembangunan suatu
channel disini adalah kesabaran. Suatu channel baru tidak boleh berkembang
terus dalam satu malam. Jemputan berleluasa adalah salah di sisi polisi
MalayNet dan boleh mengakibatkan channel anda ditutup. Silalah baca
Bahagian 5.1 untuk maklumat lebih lanjut dan akibatnya. Tanyalah diri anda
apa yang cenel anda dapat menyumbang kepada pengguna. Tetapkan satu
topik channel yang boleh menarik minat para pengguna. Jangan terlalu kasar
dengan mereka. Pemilik channel harus tahu mengambil hati pengguna. Ide
disini adalah untuk melayani orang cara anda ingin dilayan.

Apabila menetapkan peraturan cenel, pastikan anda bersikap adil.
Gunakan tendangan dan sekatan dengan sederhana dan bila perlu sahaja.
Menetapkan sekatan terlalu luas akan menyebabkan channel anda kehilangan
pengguna. Peraturan am channel- channel adalah seperti dilarang membanjir,
dilarang mengiklan, dan dilarang meminta status operator. Peraturan lain
bergantung atas budi bicara anda sebagai pemilik dan pengurusan cenel
secara menyeluruh.

Terdapat pelbagai cara untuk membolehkan cenel anda menjadi popular.
Ini termasuk bot untuk hiburan, atau channel sokongan. Channel dapat
popularitinya melalui buah mulut orang ramai. Untuk pelawat channel anda
menjemput rakan- rakan mereka, anda perlu ada sesuatu yang dapat menarik
minat atau perhatian mereka. Binalah laman web yang mempunyai maklumat
berguna mengenai cenel anda yang boleh menarik perhatian para pengguna.
Ia juga dinasihatkan untuk tidak klon cenel. Contohnya, #optraining dan
#trainingop. Ini akan menunjukkan kelemahan kreativiti pemilik dan
menyebabkan penggua beranggap bahawa terdapat masalah antara cenel-cenel
ini. Cenel anda perlu mempunyai persekitaran yang positif dan sesuai
untuk semua lapisan pengguna.


4· Keselamatan dan masalah cenel

Salah satu perkara yang penting adalah untuk mengetahui bagaimana
menjaga dan mengawal keselamatan channel anda. Dalam bahagian ini, kami akan
membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh pengurusan cenel.


4.a Opsyen keselamatan ChanServ

Salah satu masalah yang dihadapi oleh pemilik cenel adalah pemberian Op
oleh AOp/SOp lain kepada orang yang tidak dikenali. Ini menimbulkan
masalah keselamatan cenel. Oleh yang demikian, Perkhidmatan MalayNet telah
mencipta opsyen OPGUARD. Apabila opsyen ini ditetapkan, hanya mereka
dalam senarai aksess akan diberi Op oleh ChanServ.

Opsyen yang kedua ialah opsyen IDENT. Oleh kerana senarai aksess
NickServ (NickServ ACC 2) mempunyai beberapa masalah terutama sekali apabila
seseorang pengguna itu memiliki IP dinamik. Untuk maklumat lanjut
mengenai senarai aksess NickServ dan bagaimana menjaganya. Apabila opsyen
IDENT digunakan,, para pengguna perlu mengenalkan diri mereka kepada
NickServ (NickServ ACC 3) sebelum ChanServ memberi Op kepada mereka. Opsyen
OPGUARD dan IDENT amat berguna dari segi keselamatan cenel.

Apabila anda mendaftarkan cenel anda, anda akan mendapati bahawa MLOCK
(mode lock) channel anda ditetapkan pada +nt-k. Adalah dinasihatkan
untuk kekalkan mod +nt. +n menghalang mesej/ notis daripada pengguna yang
tidak berada di dalam cenel dan amat berguna untuk menghalang banjir
dari luar. +t pula hanya membenarkan operator cenel mengubah/menukar
topik cenel.

Ia tidak digalakkan untuk menggunakan opsyen LEAVEOPS dan UNSECURE.
Apabila anda menetapkan opsyen LEAVEOPS, ChanServ tidak akan mendeop
pengguna yang pertama yang memasuki cenel walaupun beliau tidak mempunyai
aksess. Apabila anda menetapkan opsyen UNSECURE, pemilik cenel tidak
perlu mengenalkan dirinya kepada ChanServ untuk mengubah penetapan kritikal
cenel. Opsyen LEAVEOPS tidak menjamin keselamatan cenel yang kosong.
UNSECURE pula boleh mengakibatkan masalah serius jika pemilik tidak
mempunyai senarai aksess nama samaran yang ketat. Dinasihatkan supaya jangan
menggunakan kedua-dua opsyen ini.


4.b Memilih operator cenel

Ini merupakan satu aspek penting dalam pengurusan cenel dan dimana ia
juga melibatkan keselamatan channel anda. Operator cenel adalah pengguna
yang pemilik cenel bergantung kepada untuk menjaga cenel yang
didaftarkan olehnya. Mereka ditugaskan untuk mengawal cenel mempastikan keadaan
cenel berjalan dengan lancar. Terdapat 2 jenis operator cenel iaitu SOp
dan AOp.

SOp atau SuperOperator adalah operator cenel yang boleh dianggap
sebagai penolong pemilik channel. Mereka boleh menambah/membuang AKick dan
AOp (AutoOperator). Adalah dinasihatkan untuk melantik mereka dengan
berhati- hati. Mereka perlu mempunyai pengetahuan luas tentang IRC,
Perkhidmatan MalayNet dan keselamatan cenel. AOp atau AutoOperator mempunyai
aksess terhad dan tidak boleh mengubahsuaikan senarai aksess cenel.
Mereka juga perlu memperoleh pengetahuan asas IRC, Perkhidmatan MalayNet
dan keselamatan cenel.

Memilih operator cenel tidak sepatutnya Saya akan memberi kamu aksess
jika kamu memberikan saya aksess. Ini merupakan satu kesilapan besar
yang boleh menimbulkan masalah antara cenel-cenel itu. Gunakanlah
kebijaksanaan anda semasa memilih operator cenel. Perhatikanlah gerak-gerinya
dalam cenel dari segi pengetahuan dan kemahiran. Satu temuramah
dengannya juga dapat memberi satu evaluasi terhadapnya dan boleh digunakan
untuk menukar buah fikiran.


4.c Banjir

Banjir cenel bukan saja mengganggu tetapi melambatkan operasi channel.
Banjir boleh didapati dalam bentuk, teks, notis, ctcp ataupun keluar/
masuk channel. Sebagai seorang operator channel, anda mempunyai
kebolehan untuk menetapkan mod channel. Mod- mod cenel berikut adalah mod-mod
yang paling lazim digunakan semasa berlakunya banjir:

+m Menghalang pengguna yang bukan operator atau voice daripada berbual

+M Hanya nama samaran berdaftar saja boleh berbual di cenel

+i Mod ini menghalang si pembanjir yang belum lagi masuk daripada
memasuki cenel

+R Hanya pengguna yang menggunakan nama samaran berdaftar boleh
memasuki cenel (kebanyakkan pembanjir tidak menggunakan nama samaran
berdaftar)

+c Menghalang penghantaran warna ke cenel


4.d Spam

Spamming merupakan satu masalah yang tidak dapat dielakkan. Adakalanya
si pesalah mudah dikesan dan kandangkala, tidak. Bukan semua spam boleh
dikesan dengan senang jika anda adalah operator cenel kerana ia
mempunyai pemasa, ia tidak akan menghantarkan spam itu kepada anda. Drone atau
'relay bot' amat sukar untuk dikesan sebab anda tidak melihat si
spammer yang sebenar. Berikut adalah satu cara untuk menangkap drone.

Mari kita perhatikan satu contoh. Anda memasuki cenel #MalayNetHelp dan
mendapati seorang spammer yang tidak boleh dilihat. Nama samaran si
spammer ialah UB40. Lakukan arahan /whois keatasnya. Anda akan mendapat
keputusan seperti berikut.

UB40 is ~pest@219.94.62.166 * bleh
UB40 using surfchat.malaynet.org Veteran In MalayNet
UB40 has been idle 29secs, signed on Sat Jan 17 20:37:48
UB40 End of /WHOIS list.

Sekarang, lakukan arahan /who +ch #MalayNetHelp 219.94.62.166. Arahan
ini akan mengesan sesiapa dengan host 219.94.62.166 di dalam
#MalayNetHelp. Anda sepatutnya mendapat sesuatu yang menyerupai:

#MalayNethelp Road_Runner H+ kevin@219.94.62.166:0 Silence is Golden
#MalayNethelp End of /WHO list.

Jadi, kita sudah dapat tahu bahawa drone sebenar ialah Road_Runner.


4.e Desynch cenel

Terdapat beberapa perkara yang menimbulkan masalah desynch. Antaranya
ialah channel tersebut tidak desynch semula dengan sempurna selepas
berlakunya putusan jaringan dan penetapan cenel tidak betul dan sempurna.

Apabila channel anda menghadapi masalah ini, anda akan melihat perkara
yang tidak sepatutnya berlaku seperti ChanServ menetapkan mod dan topik
atau mengop/mendeop seseorang itu berulang kali. Anda mungkin tidak
dapat lihat apa yang sedang dikatakan oleh pengguna lain. Secara ringkas,
anda bole katakan keadaan channel tidak stabil.

Jika keadaan ini berlaku, anda hanya mempunyai satu cara untuk
membetulkannya iaitu dengan mengkosongkan channel anda. Jika bilangan pengguna
sedikit, anda boleh meminta mereka keluar dan tunggu seketika sebelum
masuk semula. Sebaliknya, jika channel itu mengandungi bilangan pengguna
yang ramai, anda boleh menggunakan arahan MKICK dengan menaip /chanserv
MKICK #channelname, dimana semua pengguna akan ditendang keluar dari
cenel anda. Dengan ini, cenel anda akan kembali pulih seperti biasa.


4.f Pengambilan alih cenel dan lain-lain

Salah satu masalah yang menakutkan kebanyakkan pemilik cenel adalah
pengambilan alih channel mereka. Ia berpunca daripada kata laluan cenel
itu diketahui oleh orang lain. Antara sebab-sebabnya ialah:

1. Perkongsian kata laluan nama samaran pemilik dan/atau cenel

2. Perkongsian kata laluan email anda

3. Pengenalan kepada penyamar Perkhidmatan

4. Penggunaan skrip pengenalan automatik


Anda tidak digalakkan berkongsi kata laluan anda dengan sesiapa saja
tidak kira berapa rapat anda dengannya. Kata laluan adalah sesuatu yang
sulit dan persendirian dan memberi aksess khas kepada anda terhadap
cenel yang anda telah mendaftarkan.

Apabila anda berkongsi kata laluan email anda, pengguna itu dapat
menggunakan arahan SENDPASS (dengan syarat opsyen MAILBLOCK tidak aktif).
Penggunaan MAILBLOCK adalah baik jika anda tidak mempunyai akaun email
yang selamat tetapi jika anda terlupa kata laluan itu, anda tidak boleh
mendapatkannya balik.

Pengenalan kepada penyamar perkhidmatan bermaksud mengenalkan nama
samaran kepada yang lain daripada NickServ dan ChanServ. Terdapat 2 cara
untuk mengetahui jika ia adalah perkhidmatan sebenar atau tidak. Semua
perkhidmatan MalayNet mempunyai 8 character dimana 4 character yang pertama
adalah jenis perkhidmatan dan 4 character yang terakhir diakhiri dengan
Serv. Semua perkhidmatan MalayNet hanya akan bersambung ke satu pelayan
sahaja iaitu services.malaynet.org dan bukan yang lain.

Penggunaan skrip pengenalan automatik juga tidak digalakkan terutamanya
apabila seorang pengguna itu berkongsi skriptnya dengan orang lain.
Skript itu mungkin mempunyai 'backdoors' yang boleh mengakibatkan kata
laluan itu tidak dihantar kepada perkhidmatan yang sebenar. Adalah lebih
selamat untuk menggunakan arahan /nickserv identify atau /chanserv
identify daripada anda kehilangan nama samaran atau cenel anda.

Kadangkala, operator cenel akan cuba mengambilalih cenel itu dengan
menendang dan menyekat operator cenel yang lain terutamanya pemilik
channel itu. Kita bernasib baik bahawa semua arahan ChanServ boleh digunakan
tanpa keperluan kehadiran anda dalam cenel itu. Jika anda titendang
lalu disekat daripada cenel, anda boleh menggunakan arahan UNBAN dengan
menaip /chanserv unban #cenel. JIka anda disekat semula dan mendapati
operator cenel itu menggunakan skrip autokick, anda boleh menggunakan
arahan /chanserv DEOP #cenel [nama samaran]. Ini akan mendeop operator
tersebut yang menyekat anda. Perhatian: Anda tidak boleh mendeop operator
channel yang lebih tinggi aksessnya daripada anda. Contohnya, AOp tidak
boleh mendeop SOp dan SOp tidak boleh mendeop pemilik. Jika anda adalah
seorang SOp atau pemilik dan mendapati pengguna ini keterlaluan, anda
boleh membuang aksessnya tanpa keperluan berada di dalam cenel. Sejurus
selepas itu, anda boleh UNBAN dan memasuki channel itu semula. Ingatlah
supaya jangan memberi status operator kepada orang yang tidak dikenali
walaupun apa keadaannya sekalipun. Sesal dulu berpendapatan, sesal
kemudian tiada gunanya :-)

Kadangkala, anda akan mendapati orang lain yang nama samarannya tidak
berada di dalam senarai aksess mendapat status operator. Anda mungkin
sekali ingin tahu mengapa beliau dapat aksess itu. Kemungkinan besar,
orang itu telah mengenalkan dirinya kepada nama samaran lain dan menukar
nama samarannya itu. Untuk mengetahui mengapa pengguna itu mendapat
aksess, anda akan menggunakan arahan /chanserv WHY #cenel [nama samaran].
Marilah kita lihat satu contoh. Nama samaran dungunban tidak berdaftar
tetapi mendapat status operator di cenel #Fleetstreet. Apabila saya
menaip /chanserv WHY #fleetstreet dungunban, keputusannya adalah seperti
berikut:

-ChanServ- dungunban has SOp access to #fleetstreet. Reason:
Identification to the nickname Road_Runner.


Jadi, kita sudah tahu bahawa dungunban mempunyai aksess SOp kerana
telah mengenalkan kepada nama samaran Road_Runner.

Lagi satu arahan yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan
arahan WHY ialah ACC untuk mengetahui tahap aksess seseorang pengguna itu.
Arahannya ialah: /chanserv ACC #channelname [nickname]. Contohnya, saya
ingin tahu aksess Road_Runner di channel #fleetstreet. Jadi, saya akan
menaip /chanserv ACC #fleetstreet Road_Runner. Keputusannya adalah
seperti berikut:

-ChanServ- Road_Runner ACC #fleetstreet 2 (SOP)


5· Cenel anda dan AUP MalayNet

MalayNet telah memberi kita perkhidmatan percuma dan sumber yang kita
boleh menggunakan. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk
menggunakan sumber-sumber ini dengan baik. Semua pengguna MalayNet perlu
mematuhi AUP MalayNet. Diingatkan disini bahawa ia adalah keistimewaan dan
bukannya hak. Sekarang, mari kita membincangkan 2 bahagian polisi yang
memberi kesan atas operasi cenel iaitu Jemputan/Pengiklanan Berleluasa
dan Penyalahgunaan perkhidmatan.


5.a Pengiklanan/Jemputan Berleluasa (Mass Advertising/Inviting)

Jemputan berleluasa termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

1 Pengunaan arahan /invite secara berlebihan

2 Mesej berleluasa melalui skrip/notis dan mesej cenel untuk ke cenel
mereka.

3 Penggunaan /quit dan /part dengan mesej jemputan ke cenel anda secara
berlebihan.


Jemputan berleluasa tidak dibenarkan sama sekali di MalayNet
memandangkan rangkaian IRC ini mengandungi lebih daripada 10 cenel untuk para
pengguna memilih ikut citarasa mereka. Ini tidak bermaksud anda tidak
boleh menjemput rakan anda ke cenel anda tetapi memaksa seseorang itu dan
memberi mesej secara berleluasa di suatu cenel atau seluruh rangkaian
adalah salah di sisi polisi MalayNet dan tindakan yang boleh diambil
termasuk amaran, tendangan berleluasa (mass kick) dan tindakan penutupan
cenel.

Untuk mengetahui lebih mengenai polisi pengiklanan berleluasa.


5.b Penyalahgunaan Perkhidmatan (Services Abuse)

Perkhidmatan MalayNet adalah untuk kegunaan orang ramai termasuk
pendaftaran nama samaran atau cenel hinggalah ke penyelengaraan mereka. Para
pengguna dinasihatkan supaya menggunakan Perkhidmatan MalayNet dengan
baik supaya tidak menyalahgunakannya. Penyalahgunaan perkhidmatan adalah
seperti tetapi tidak terhad kepada pendaftaran cenel secara berleluasa,
penambahan aksess *!*@*.* kepada senarai aksess channel, membanjiri
pengguna melalui arahan MemoServ dan membanjiri perkhidmatan. Unit
Penyalahgunaan Perkhidmatan (Services Abuse Team) atau lebih dikenali sebagai
SAbuse Team dibawah jagaan Pentadbir Dasar Perkhidmatan (SRA) dan unit
KLine bertanggungjawab atas penguatkuasaan undang-undang dibawahnya.

Pendaftaran cenel perlulah secara sederhana dan berdasarkan pengetahuan
umum. Tidak perlu untuk anda mendaftarkan cenel bagi menghalang
pengguna lain daripada mendapatkannya. Menjual channel (termasuk aksess) tidak
dibenarkan sama sekali di MalayNet memandangkan perkhidmatan MalayNet
adalah percuma.

Penambahan *!*@*.* kepada senarai aksess bermaksud anda memberi aksess
secara luas kepada orang ramai memandangkan * adalah wildcard yang
bermaksud apa- apa character tidak kira bilangannya. Contohnya, jika saya
menambahkan *!*@*.* dalam senarai aksess SOp #fleetstreet, sesiapa saja
yang memasuki cenel #fleetstreet akan mendapat aksess SOp termasuk nama
samaran tidak berdaftar. Ia bukan saja penyalahgunaan perkhidmatan
tetapi merbahaya terhadap keselamatan cenel.

Membanjiri ChanServ termasuk penyalahgunaan arahan MKICK dan DEOP serta
penggunaan arahan IDENTIFY kerap kali dalam masa yang singkat. Arahan
yang memberi kesan secara berleluasa hanya diperlukan guna sekali sahaja
dan bila diperlukan. Anda hanya perlu mengenalkan diri anda kepada
perkhidmatan sekali saja. Bersabarlah dan tunggu balasan ChanServ.
Menendang seseorang operator channel berulang kali hingga menyebabkan ChanServ
mengop pengguna itu semula berulang kali juga adalah menjadi satu
kesalahan dan kes penyalahgunaan. Tolong jangan lakukannya walaupun ia untuk
keseronokan anda.

Bergantung kepada jenis kesalahan, sesuatu cenel itu boleh
dibeku/ditutup atau penyalahguna itu tidak akan dilayan oleh Perkhidmatan.

Semua operator cenel dan pengguna biasa perlu bekerjasama dalam
pembangunan dan perkembangan cenel, ia berfungsi 2 hala. Tanpa operator cenel,
keadaan akan menjadi kucar- kacir. Tanpa pengguna, tiada gunanya cenel
itu dibuka dan didaftarkan. Pemilihan nama cenel juga amat penting yang
dapat menarik perhatian pengguna. Kesabaran dan kreativiti memainkan
peranan penting dalam perkembangan suatu cenel. Seseorang pelayan
(operator cenel) perlu tahu bagaimana melayan tetamunya dengan baik.

Pemilik cenel bertanggungjawab atas segala kejadian yang berlaku ke
atas channelnya. Pelajarilah cara-cara mengawal keselamatan cenel. Berikan
latihan yang sesuai untuk AOp dan SOp cenel anda mengenai keselamatan
dan pengurusan channel. Pelajarilah langkah-langkah penting untuk
mengatasi banjir dan percubaan pengambilan alih cenel.

Semua pengguna MalayNet perlu mematuhi polisi rangkaian. Apabila anda
bersambung ke rangkaian ini, kami anggap anda telah membaca dan memahami
polisi rangkaian. Kejahilan tidak boleh diterima sebagai alasan.
MalayNet berhak menyingkirkan mana-mana pengguna yang didapati melanggar
polisi rangkaian.

Berharap dokumen ini telah memberi ide dan panduan apa yang anda akan
menghadap dan bagaimana menyelesaikan masalah-masalah dan rintangan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Malaysia Blog Sites Listing
Free Web Counter
hit Counter