Thursday, March 23, 2006

Mengawal Akses Untuk Cenel Anda


Mengawal aksess untuk cenel anda

Diperkemaskan dan disunting semula oleh Q (Cr4sh@malaynet.org)
dan Kamsinah (kamsinah@salam.malaynet.org) pada 2006-03-27.

HakCipta © 2006-2007 oleh Rangkaian IRC MalayNet

Sila hantar maklum balas dan komen kepada http://surfchat.blogspot.com/
mengenai dokumen ini (bukan permintaan bantuan). Jika perlu bantuan
mengenai apa-apa yang tidak terkandung dalam dokumen ini, sila masuk ke
#Help MalayNet.


Pengenalan

Panduan ini menjelaskan bagaimana cara untuk mengawal seseorang yang
mempunyai aksess dalam hak-hak tertentu pada cenel yang anda daftar.
Hak-hak ini digunakan untuk membantu menjaga cenel tersebut beroperasi
secara normal, jadi orang lain (yang anda percaya) dapat menjaga
ketenteraman di cenel ketika anda tidak berada di sana.

Panduan ini juga menjelaskan bahawa bagaimana cara untuk ban orang dari
cenel secara terus dengan menggunakan ChanServ. Ban
yang anda tempatkan dengan cara biasa akan hilang jika cenel kosong pada
semua tujuan.

Jika anda belum daftar cenel anda akan lewat mendapatkan ChanServ, anda
seharusnya melakukan perkara itu dahulu - baca pertanyaan "Bagaimana
cara saya mendaftar cenel saya?" dari Services FAG sebelum perkara yang
selanjutnya.

Akhirnya, beberapa catatan ringkas - ketika Saya memberikan sebuah
perintah seperti

/chanserv identify #nama cenel kata laluan


Perintah itu haruslah ditaip seperti yang ditunjukkan, kecuali yang
anda harus menggantikan parameter yang diperlukan (di sini '#nama cenel'
and 'kata laluan') dengan bahagian maklumat yang tepat. Seumpamanya,
pada contoh di atas, jika kata laluan anda adalah 'dream' dan cenel anda
adalah '#mydream', anda harus menaiptik

/chanserv identify #mydream dream


Ketika perintah-perintah tersebut dimulai dengan /chanserv (or
/nickserv, /memoserv), hal ini adalah suatu nama samaran yang digunakan untuk
mengirim pesanan kepada services dengan aman. Jika klien anda tidak
memahami perintah itu, anda dapat juga memulakan perintah /quote chanserv,
atau dengan /msg chanserv help


Kandungan

1 Mengapa anda perlu tahu maklumat ini
2 Apa yang dimaksudkan dengan AOP dan SOP
3 Hal-hal yang perlu dipertimbangkan ketika memberikan status AOP atau
SOP
4 Bagaimana Cara Menambahkan dan Menghapus AOP atau SOP
4.i Melihat daftar SOP atau AOP
4.ii Penambahan AOP atau SOP
4.iii Menghapus SOP atau AOP
4.iv mode VERBOSE
5 Saran dalam penggunaan mask untuk daftar AOP/SOP anda
6 Masalah dalam memberikan status AOP/SOP untuk orang yang salah
6.i Ingin mengetahui kenapa seseorang itu memiliki status OP
6.ii Masalah Daftar aksess
6.iii Op yang tidak Dikehendaki
7 Pengertian AKICK
8 Bagaimana membuat dan menghapus AKICK
8.i Melihat daftar AKICK yang ada
8.ii Membuat Sebuah AKICK lewat MASK
8.iii Membuat AKICK untuk nama samaran
8.iv Menghapus Sebuah AKICK
9 Ringkasan

1· Mengapa anda perlu tahu maklumat ini

MalayNet menganjurkan untuk membaca maklumat ini kerana:

Jika cenel anda mengalami masalah seperti dilakukan kekasaran atau
suatu takeover (takeover = pengambilalihan cenel secara ilegal), dan anda
tidak berada di sana, anda akan memerlukan beberapa AOP dan SOP sehingga
masalah itu dapat diatasi.

Jika cenel anda menjadi besar, anda pasti menghilangkan SOP untuk
mengurusnya.

Penambahan orang yang salah sebagai AOP atau SOP, atau penambahan AOP
atau SOP dengan cara yang salah. Ini akan menyebabkan ketidakamanan yang
dapat membiarkan chatter yang tidak bersahabat mengalami berbagai
masalah di channel, jadi anda seharusnya diinfomasikan penuh tentang cara
mengatasi hal seperti ini.

Jika anda bercadang untuk ban yang lama untuk chatter, anda harus tahu
bagaimana caranya untuk membuat AKICK.

Sebuah ringkasan telah ditemui di bahagian 9, yang mana akan
menjelaskan siapakah yang anda seharusnya dijadikan Sop atau AOP dan bagaimana
cara melakukannya.


2· Apa yang dimaksudkan dengan AOP dan SOP

AOPs dan SOPs adalah orang-orang yang anda cukup percayai untuk
membolehkan mereka memperolehi tempat di cenel anda.

SOP memiliki peningkatan yang lebih "tinggi" dari AOP dan mempunyai
semua hak-hak AOP dengan tambahan beberapa hak ekstra. Sebagai seorang
founder (founder = orang yang mendaftar cenel), anda masih berada pada
tahap tertinggi dan anda harus memiliki semua hak-hak SOP dan AOP,
ditambahi pula hak khusus founder. Tidak perlu untuk menambahkan diri anda
untuk mendaftar ke SOP atau AOP.


AOP memiliki perkara di bawah ini:

Mereka diberikan ops (@) ketika mereka masuk ke cenel untuk beberapa
alasan. Jika mereka di cenel tanpa op, mereka dapat menggunakan ChanServ
untuk memberikan mereka ops setiap saat. (/chanserv help op)

Mereka dapat menggunakan ChanServ untuk memberikan/mengambil ops
untuk/dari orang lain di channel(jika mereka lakukan ini, satu notis akan
dikirimkan ke cenel bagi memberi tanda kepada orang lain di cenel, jadi
hal ini tidak disedari tanpa sebarang sebab. (/chanserv help op)

Mereka dapat menghilangkan sekatan diri mereka dari suatu cenel jika
mereka disekat (ban). (/chanserv help unban)

Mereka memperolehi memo yang dikirimkan ke seluruh anggota 'cenel'.
Mereka juga dapat mengirim memo untuk seluruh cenel; terdapat suatu
keadaan cenel yang menentukan apakah AOP, SOP, atau hanya founder yang dapat
mengirimkan memo untuk cenel tersebut. (/chanserv help set memo,
/memoserv help send)

Cenel boleh ditetapkan untuk hanya operator cenel sahaja yang dapat
menggantikan topik. (Walaubagaimanapun, anda boleh menetapkan cenel bagi
hanya SOP atau pemilik sahaja menetapkan topik) (/chanserv help set
topiclock)

Mereka dapat menggunakan MDEOP untuk mengatasi masalah pengambilalihan
(takeover) cenel, tetapi hal ini tidak akan terjadi jika SOP atau
pemilik cenel sedang berada di cenel (/chanserv help mdeop).

Mereka boleh menjemput diri mereka sendiri ke cenel (digunakan jika
cenel hanya membuat +i (invite)) kecuali kalau cenel membuat "private".
(/chanserv help invite)


SOP memiliki perkara di bawah ini:

Mereka dapat memberikan, dan mengambil, status AOP dari seseorang.

Mereka boleh menambah atau menghapus AKICK (ban permanent) untuk cenel.

Mereka dapat menghilangkan semua sekatan(ban) dari cenel dengan
menggunakan ChanServ. (/chanserv help unban)

Mereka menerima memo yang dikirim kepada SOP. (/memoserv help sendsop)

Mereka dapat menggunakan MKICK untuk mengatasi masalah pengambilalihan
(takeover) cenel, tetapi hal ini tidak akan terjadi jika pemilik cenel
sedang berada di cenel (/chanserv help mkick).


3· Hal-hal yang perlu dipertimbangkan ketika memberikan status AOP atau
SOP.

AOP dan SOP adalah orang-orang yang dapat mengatasi masalah cenel
seperti banjir dan pengambilalihan ketika anda tidak berada di cenel. Jika
anda berkeinginan untuk menjalankan cenel yang sukses, anda hendaklah
memastikan jumlah AOP (khususnya) dan SOP telah cukup, sehingga
tata-tertibnya di cenel sukar dijalankan. Jika cenel tersebut sedang beroperasi
tanpa AOP yang hadir, keadaan seperti ini merupakan salah satu sasaran
yang mudah bagi banjir dan terdapat berbagai gangguan yang lain.

Ketika anda memberikan pengguna lain status AOP atau SOP, anda
memberikan mereka beberapa kawalan keatas cenel, tetapi mereka masih tetap
bertanggungjawab kepada anda. Anda boleh menghilangkan status AOP atau SOP
mereka pada setiap saat.

Meskipun demikian, anda harus pastikan bahawa anda hanya boleh
memberikan AOP atau SOP untuk orang-orang yang anda percayai kerana mereka
dapat menimbulkan masalah. Walaupun mereka tidak dapat membuat kerugian
yang tetap - founder dapat mengembalikan berbagai perubahan yang dibuat -
Mereka tentu saja akan menyebabkan masalah serius khususnya ketika anda
tidak berada di sana. Anda harus memikirkan semua ini ketika memberikan
status AOP atau SOP.

Catatan yang sama : jangan sesekali memberikan kata laluan cenel kepada
sesiapa pun. Hal ini sama dengan memberikan cenel kepada mereka -
co-founder tidak terdapat pada MalayNet atau didalam satu perselisihan,
siapapun yang mempunyai password dianggap sebagai pemilik satu-satu cenel
tersebut. Jika anda ingin untuk memberi kekuasaan di channel anda kepada
orang lain yang dipercayai, jadikan mereka SOP.

Jika anda memerlukan keterangan yang lain , anda sukar menggunakan
keterangan ini (sebagai contoh, founder harus menyetujui bahawa tidak akan
menambahkan SOP tanpa perundingan dengan SOP yang ada). Meskipun
demikian perangkat lunak dan staf dari MalayNet akan selalu mengingatkan
bahawa founder cenel hanyalah orang yang bertanggungjawab agar cenel
tersebut harus berjalan. Dan harus diingatkan bahwa MalayNet tidak akan
sesekali menolong siapapun yang kehilangan sebuah cenel kerana mereka telah
pun memberi kata laluan; kata laluan seharusnya selalu dijaga dengan
baik.


4· Bagaimana Cara Menambahkan dan Menghapus AOP atau SOP

Founder cenel adalah satu-satunya pengguna yang boleh memberi dan
menghapus status SOP. SOP dan founder dapat memberi atau menghapus status
AOP. Kedua-dua perintah tersebut dapat digunakan oleh AOP atau SOP dan
founder, tapi tidak boleh digunakan untuk user biasa.

4.i Melihat daftar SOP atau AOP

/chanserv sop #nama cenel list
/chanserv aop #nama cenel list

Perintah ini boleh memperlihatkan semua SOP atau AOP (secara berurutan)
di cenel tersebut.

Jika anda memiliki sebuah cenel yang besar, anda seharusnya melihat
cara pendaftaran dengan menggunakan SOP atau AOP dan lawati nama samaran
atau mask mereka:

/chanserv sop #nama cenel list wildcard
/chanserv aop #nama cenel list wildcard

(Sebagai contoh, /chanserv aop #mydream list g* akan memperlihatkan
bahawa semua AOP di #mydream yang nama samaran dimulai dengan huruf g.)

Walaupun perintah mana yang anda gunakan, setiap AOP atau SOP
ditampilkan dengan sebuah angka yang mana akan memudahkan untuk dihapuskan jika
perlu (lihat di bawah).


4.ii Penambahan AOP atau SOP

/chanserv sop #nama cenel add nama samaran or mask
/chanserv aop #nama cenel add nama samaran or mask

Perintah-perintah ini menambahkan seseorang pada daftar SOP atau AOP.
Sama halnya dengan memberi status AOP atau SOP untuk seseorang.

Secara umum anda seharusnya menambahkan AOP atau SOP dengan menggunakan
nama samaran mereka (yang telah daftar) tetapi anda juga dapat
menggunakan mask jika diperlukan. Mask sama halnya dengan mask untuk sekatan
cenel - sudah tentu hal ini akan mempengaruhi user yang dijadikan sasaran
ban kerana status AOP atau SOP, mereka tidak boleh dibankan- dan tidak
jelas dalam panduan ini; maklumat lebih tumpukan pada Ban Guide
(Panduan Sekatan).

Jika anda ingin menjadikan seseorang SOP yang sebenarnya seorang AOP
(atau sebaliknya), anda tidak perlu untuk hapuskan mereka dari mendaftar
kepada AOP, kerana Servis secara automatik boleh menghapuskan mereka
untuk anda pada waktu yang sama bagi penambahan mereka untuk daftar ke
SOP.

Anda seharusnya memeriksa seseorang itu bahawa mereka telah memiliki
nick yang telah didaftar sebelum anda memberi mereka AOP dengan cara

/nickserv info nama samaran

dan meminta mereka untuk mendaftarkan jika nama samaran mereka belum
didaftar. Jika anda cuba untuk memberikan AOP kepada seseorang yang mana
nama samarannya belum didaftarkan, hal ini akan memberikan mereka
status untuk menggunakan sesebuah mask, di mana itu adalah satu ideal yang
tidak baik.

Setiap cenel diberikan pembatasan maksimum 300 AOP dan 100 SOP.
ChanServ akan memperingatkan anda jika anda cuba untuk menambahkan jumlah
lebih daripada ini.

Catatan: Chatter dapat membuat sebuah nama samaran mode NOOP yang mana
mereka tidak boleh dijadikan AOP atau SOP di cenel yang lain. Lihat
/nickserv help set noop untuk informasi.


4.iii Menghapus SOP atau AOP

/chanserv sop #nama cenel del nombor yang terdapat dalam senarai Sop
/chanserv aop #nama cenel del nombor yang terdapat dalam senarai Aop

Perintah-perintah ini digunakan untuk menghapuskan seseorang itu
daripada mendaftar ke Sop atau AOP.

Hal ini boleh dilakukan apabila orang tersebut menyalahgunakan status
AOP atau SOP mereka atau tidak dapat dipercayai lagi atau alasan-alasan
lain.

Anda dapat menggunakan perintah ini dengan beberapa cara; cara yang
termudah adalah dengan menggunakan perintah list (lihat daftar), dan
kemudian berikan nombor yang diperolehi dari orang yang kamu ingin
hilangkan. Cara lain, anda dapat menggunakan nick atau akses mask yang anda
ingin hilangkan; jika anda menggunakan cara ini anda harus menetapkan nick
atau mask secara tepat sebagaimana yang diberikan di pendaftaran
tersebut.

Jika anda sedang menghilangkan para OP dengan menggunakan nombor yang
telah didaftar, anda hanya boleh menghapuskan OP seseorang itu pada
waktu yang sama. Nombor-nombor itu akan berubah setelah setiap kali berlaku
penghilangan, jadi anda perlu untuk mengulangi perintah senarai untuk
memeriksa nombor yang sebenar.



4.4 mode VERBOSE

Jika mode VERBOSE dijalankan untuk sesebuah cenel, kemudiannya terdapat
suatu perubahan pada aspek tertentu dari cenel (terutamanya, ketika
seseorang itu menambahkan atau menghilangkan AOP/SOP atau AKICK), semua op
yang ada di dalam cenel akan dimaklumatkan melalui notis.

Untuk menjalankannya:

/chanserv set #nama cenel verbose on


5· Saran dalam penggunaan mask untuk daftar AOP/SOP anda

Pada umumnya lebih baik menggunakan nama samaran, daripada alamat mask,
bagi Mendaftar kepada AOP/SOP. Ada beberapa alasan untuk ini:

Anda selalu dapat mengetahui secara pasti siapakah AOP atau SOP.

sukar untuk membuat kesalahan dan memberi terlalu banyak AOP lebih dari
yang diinginkan (sebagai contoh jika anda membuat tanda * pada tempat
yang salah di suatu mask).

Jika anda menjumpai masalah dengan seseorang yang menggunakan server
yang sama sebagai AOP dan mendapatkan op dari AOP tertentu, hal ini dapat
diketahui tanpa menghapuskan AOP dari orang tersebut.

Ada satu keuntungan dalam menggunakan address mask :

Anda akan selalu dapat mengetahui secara pasti address mask yang mana
boleh mendapatkan status op secara automatik.

Jika anda memutuskan untuk menggunakan alamat mask untuk memberikan
kepada AOP, lihat Ban Guide (Panduan Sekatan) yang mana akan memberi
penjelasan tentang alamat mask.

Ingat bahawa meskipun panduan itu menjelaskan bagaimana cara
menggunakan address mask untuk ban orang, apabila anda menggunakan address mask
untuk daftar AOP ,hal ini tidak sesuai untuk sekat mereka tapi
memberikan AOP.


6· Masalah dalam memberikan status AOP/SOP untuk orang yang salah

(Catatan: Bagian ini menerangkan tentang AOP, tetapi semuanya itu
menuju ke SOP juga.)

Seseorang itu boleh mendapat status AOP di cenel sekiranya mereka
menggabungkan salah satu daftar aksess ke salah satu AOP yang sebenarnya.

Orang dapat memperolehi ops di suatu cenel (tetapi tidak mengakses
untuk perintah ChanServ AOP) jika ChanServ down, dan cenel anda kosong
ketika mereka memasukinya. Sayangnya tidak ada yang boleh di lakukan untuk
ini, akan tetapi jarang ChanServ down untuk waktu yang lama.

Terdapat juga orang yang memperolehi ops jika mereka diberi oleh
seseorang yang telah memilik op (contohnya seorang AOP atau SOP). Jika anda
tidak inginkan hal seperti ini terjadi, anda dapat menggunakan OPGUARD
yang mana akan dijelaskan pada akhir bahagian ini.


6.i Ingin mengetahui kenapa seseorang itu memiliki status OP

Untuk mengetahui kenapa seseorang itu memiliki status AOP atau SOP di
sebuah cenel, anda boleh menggunakan perintah ChanServ why:

/chanserv why #nama cenel nama samaran

Hal ini akan menjelaskan pendaftaran AOP atau SOP (jika ada) yang
memastikan bahawa status orang yang dimaksudkan, sehingga jika ada sesuatu
masalah dapat di selesaikan dengan segera .


6.ii Masalah Daftar aksess

Dimana anda telah menempatkan seseorang itu di daftarkan kepada AOP
dengan menggunakan nickname, hal ini bererti bahawa siapapun yang sesuai
dengan 'daftar aksess' daripada semua AOP, anda akan memperolehi status
AOP di cenel.

Jika orang yang bukan AOP diberikan OP oleh ChanServ di cenel, mungkin
ada masalah dengan pendaftaran aksess - anda akan dapat mengetahui
pendaftaran AOP yang mana yang bermasalah sebab bukan-AOP yang membuatkan
OP terjadi kerana memiliki service provider (ISP) yang sama (contohnya :
aol.com, netcom.com, iquest.net, dan lain-lainnya) dengan salah satu
AOP anda. Anda boleh memastikan hal ini akan mendapat perintah why yang
diberikan di atas.

Anda seharusnya menghubungi AOP tersebut (hantar memo jika mereka tidak
online) umunkan untuk mengubah daftar aksess atau menghilangkan
kesemuanya, identifikasi ke NickServ dengan menggunakan password mereka ketika
mereka masuk ke MalayNet. Dalam hal ini, jika orang yang dimaksud itu
mempunyai op yang boleh menimbulkan masalah anda boleh menghilangkan
status AOP untuk sementara waktu.

Jika anda atau mereka yang tidak mengetahui secara pasti tentang konsep
daripada daftar aksess NickServ - yang mana membolehkan anda untuk
menggunakan nickname anda di MalayNet tanpa identifikasi password pada setiap
saat, tetapi ia boleh membawa ketidakamanan jika anda menggunakan
Pengembang Jasa Internet (ISP) yang besar - kemudian NickServ aksess Guide
memuatkan perjelasan yang ada perlukan.

Anda seharusnya menyedari dari sekarang bahawa seseorang AOP yang jahat
dapat membuat daftar aksess mereka secara sengaja, misalnya,
membolehkan semua orang op di channel. Ini adalah suatu alasan untuk memastikan
anda mempercayai orang tersebut sebelum memberikan mereka AOP.

Sebagai waktu sementara jika ada masalah dengan mask aksess, atau jika
keamanan perlu ditingkatkan, anda dapat membuat mode IDENT on untuk
channel. Hal ini bererti bahawa ChanServ hanya akan membolehkan AOP-AOP
yang telah identifikasi ke NickServ (dengan kata laluan dari nama
samaran) mendapatkan aksess ke hak-hak mereka di cenel, termasuk aksess op.


Founder dapat membuat mode IDENT untuk sebuah cenel menggunakan

/chanserv set #nama cenel ident on

Catatan bahawa jika anda membuat perkara ini, siapapun yang masuk
menggunakan mask daripada nama samaran tidak akan mempengaruhinya. Untuk
maklumat lebih:

/chanserv help set ident


6.iii Op yang tidak Dikehendaki

Walaupun ketika ChanServ mengatur sesebuah cenel, adalah mungkin bahawa
beberapa orang yang bukan AOP atau SOP boleh memperolehi op (@) di
channel itu. Kemungkinan besar hal ini terjadi kerana AOP memberikan mereka
op.

Jika anda sebagai founder cenel, untuk memastikan hal ini tidak terjadi
, anda dapat menggunakan OPGUARD. Ketika OPGUAD dihidupkan, ChanServ
tidak akan membiarkan seseorang itu untuk memperoleh op (@) di sebuah
channel (untuk sementara) kecuali kalau mereka ada di daftar AOP atau SOP
atau founder. Jika seseorang diberikan op, ChanServ dengan segera akan
menghilangkan op mereka.

Untuk memungkinkan hal ini:

/chanserv set #nama cenel opguard on


7· Pengertian AKICK

AKICK adalah sama dengan sebuah sekatan (ban) dari ChanServ bagi salah
satu channel dan digunakan untuk mengeluarkan user yang bersalah dari
channel anda. Mereka tidak akan hilang jika channel kosong; AKICK tetap
berada sampai founder cenel atau SOP menghilangkannya.

Kunci permasalahan untuk sekatan cenel yang biasa (yang anda perolehi
ketika anda klik pilihan 'Ban' di popup menu, atau taip perintah /ban
atau /mode #nama cenel +b mask) adalah bersifat sementara; jika semua
orang meninggalkan cenel tersebut dan menjadi kosong, sistem "melupakan'
semua sekatan yang telah dibuat.

Pada dasarnya ban dibuat akan menghadapi gangguan sementara .jadi hal
ini bukanlah suatu masalah. Meskipun demikian, kadang-kadang anda dapat
menghadapi masalah dengan seorang user yang secara terus-menerus datang
ke channel untuk membuat masalah - dalam hal ini, anda perlu untuk ban
mereka secara tetap.

Situasi seperti ini membolehkan anda menggunakan AKICK, yang berfungsi
sama seperti dengan ban tapi AKICK dijalankan oleh Services - ketika
seorang user yang berada di daftar AKICK memasuki sebuah channel, mereka
secara outomatik diban dan dikick keluar oleh ChanServ. Seperti
disebutkan di atas, AKICK tidak akan hilang sampai dihapuskan, meskipun jika
cenel menjadi kosong.


8· Bagaimana membuat dan menghapus AKICK

Hanya founder cenel dan SOP memiliki perkara ini untuk membuat dan
menghapuskan AKICK.


8.i Melihat daftar AKICK yang ada

/chanserv akick #nama cenel list

Perintah ini, dapat digunakan oleh AOP , SOP, dan juga founder, melihat
daftar semua AKICK yang ada di cenel tersebut.

Setiap AKICK akan dilihatkan bersamaan dengan sebuah angka yang mana
anda dapat menggunakanya untuk menghapusnya secara mudah.


8.ii Membuat Sebuah AKICK lewat MASK

/chanserv akick #nama cenel add mask

Perintah ini membuatkan sebuah AKICK untuk cenel. Anda harus menjadikan
mask user tersebut sama halnya dengan sebuah ban - nama
samaran!username@hostname.

Jika address pada /whois dari seorang user yang anda cuba untuk sekatan
adalah user@dialup22-81.provider.com dan channel anda dinamakan #frogs,
anda akan menggunakan /chanserv akick #frogs add *!user@*.provider.com
('AKICK orang-orang dengan nama samaran apapun, jika mereka mempunyai
username "user" yang datang dari provider.com')

Untuk panduan lebih terperinci pada alamat mask untuk sekatan, yang
mana sama dengan AKICK di cenel, silakan lihat Ban Guide (Panduan
Sekatan).

Anda dapat membuat AKICK maksimum 200 AKICK untuk suatu cenel.


8.iii Membuat AKICK untuk nama samaran

/chanserv akick #nama cenel add nama samaran

Jika orang tersebut mempunyai nama samaran yang telah didaftarkan, anda
dapat membuat sebuah AKICK menggunakan nick mereka. Hal ini akan atau
tidak akan banyak bermanfaat kerana beberapa kejadian mereka akan dapat
masuk dengan mudah ke IRC dengan nama samaran yang berbeza untuk
menghindari sekatan tersebut.

Jadi jika anda tidak memahami alamat mask untuk sekatan, anda dapat
menggunakan cara ini, tapi akan lebih efektif jika membuatnya secara
manual dengan mengspesifikasi mask tertentu.


8.iv Menghapus Sebuah AKICK

/chanserv akick #nama cenel del nombor atau mask

Anda dapat menggunakan perintah ini dalam dua cara; yang paling senang
adalah menggunakan perintah list (dijelaskan di atas), dan kemudian
gunakan nombor tertentu yang anda ingin hapuskan. Cara alternatifnya
adalah, anda dapat menggunakan mask yang ingin dihapuskan; jika anda
menggunakan cara ini anda harus mengspesifikasi mask tertentu dengan tepat
sebagaimana diberikan di daftar.

Jika anda menghapus chatter berdasarkan pada nombor-nombor mereka di
daftar, anda seharusnya menghapuskan satu user pada saat itu. Nomor-nomor
tersebut akan berubah setelah setiap penghapusan, sehingga anda perlu
untuk mengulang perintah list untuk melihat nombor yang sebenarnya.


9· Ringkasan

SOP dan AOP adalah orang-orang yang anda percayai untuk memberikan
mereka kesenangan tertentu di channel anda. Diantaranya, hal ini bermaksud
bahawa secara outomatik mereka diberikan op (@) apabila mereka masuk ke
channel. SOP juga mempunyai hak untuk membuat dan menghapuskan AOP dan
AKICK (sekatan yang sifatnya tetap untuk cenel), sehingga anda
seharusnya perlu hati-hati ketika memberikan SOP kepada orang.

Jika ada seseorang yang anda percayai yang mana anda fikir haruslah
mendapatkan AOP di cenel anda
Taip /nickserv info nama samaran untuk mengetahui nama samaran mereka
telah diregistrasi - jika belum, dikehendaki meminta mereka untuk
meregistrasinya dan mengulangi perkara di atas jika mereka telah
melakukannya. Apabila anda telah pastikan nama samaran tersebut telah diregistrasi,
ketik /chanserv aop #nama cenel add nama samaran.

Jika cenel anda menghilangkan seorang SOP dengan alasan tertentu -
sebagai contoh jika itu adalah channel besar dan anda hilangkan bantuan
untuk keselamatan cenel seperti halnya pemilihan AOP.
Pastikan anda dapat mempercayai seseorang yang akan diberikan SOP, dan
periksa nama samaran mereka samaada telah diregister seperti perkara di
atas. Kemudian gunakan /chanserv sop #nama cenel add nama samaran.

Jika di suatu hari anda perlu untuk menghapuskan seorang AOP atau SOP
dari daftar channel kerana mereka tidak dapat dipercayai lagi, dan
meninggalkan IRC, atau hal yang selainnya.
Taip /chanserv aop atau sop #nama cenel list. Apabila anda mendapatkan
nombor dari orang dimaksud kemudian taip /chanserv aop atau sop #nama
cenel del nomborber.

Jika anda harus membuat sekatan secara terus untuk seseorang.
Anda (atau SOP di cenel ; bukan AOP) dapat menempatkan mereka ke daftar
AKICK dengan menggunakan /chanserv akick #channel add mask, di mana
mask ban mask yang biasa digunakan untuk mengacau. Anda dapat menghapus
AKICK di masa yang lain dengan menghapuskan AOP atau SOP.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Malaysia Blog Sites Listing
Free Web Counter
hit Counter